• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini

Oleh
Aina Musa
19 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini

Penerbangan antarabangsa turut dibatalkan

59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini. Sebanyak 59 penerbangan syarikat AirAsia yang terlibat dalam laluan ke Sabah dan Sarawak telah dibatalkan hari ini susulan kejadian letusan Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini.

Pembatalan penerbangan pada hari ini tidak hanya melibatkan laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi Sabah dan Sarawak, tetapi juga merangkumi laluan antarabangsa seperti Singapura, Shenzen, Hong Kong, dan Taipei.

59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini. Sumber: KOSMO

Beberapa laluan yang terjejas termasuklah Kuala Lumpur-Kota Kinabalu yang sepatutnya berlepas pada pukul 7.15 pagi, Kuala Lumpur-Tawau (7.20 pagi), dan Penang-Kota Kinabalu (10.15 pagi).

Selain itu, laluan ke destinasi seperti Sandakan, Kuching, Miri, dan Bintulu juga turut terjejas.

AirAsia menyatakan dalam satu kenyataan bahawa semua penumpang yang terjejas dinasihatkan untuk memeriksa status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus.

“AirAsia telah memberitahu semua penumpang yang terjejas. Penumpang yang melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang terlibat digalakkan untuk memeriksa e-mel dan telefon bimbit berdaftar mereka untuk mendapatkan pemberitahuan pembatalan.

“Penumpang AirAsia yang melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang terjejas sangat digalakkan untuk memeriksa status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus,” katanya hari ini.

Semalam, sebanyak 40 penerbangan AirAsia bagi laluan ke Sabah dan Sarawak telah disambung semula selepas dibatalkan akibat letusan gunung berapi di Indonesia.

Penerbangan pertama telah dilakukan pada pukul 7.05 malam ini melibatkan laluan Kuala Lumpur-Bintulu, diikuti oleh destinasi Kuala Lumpur-Sibu dan Johor Bahru-Sibu pada pukul 7.15 malam.

Beberapa penerbangan yang dijadualkan untuk disambung semalam turut terjejas hari ini di mana beberapa daripadanya telah dibatalkan.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Sebab Mengapa Penerbangan Ke Sabah Sarawak Dihentikan Serta Merta Selepas Gunung Ruang Meletus
AirAsia Turut Batalkan Penerbangan Sabah Sarawak Susulan Gunung Berapi Di Indonesia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Maut, Putus Tangan Kiri Tong Minyak Hidraulik Meletup Di Sibu Lelaki Maut, Putus Tangan Kiri Tong Minyak Hidraulik Meletup Di Sibu
Next Article Marathon HSL Samarahan Bakal Diadakan Pada Bulan Mei Ini Marathon HSL Samarahan Bakal Diadakan Pada Bulan Mei Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?