I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan

Oleh Nur Afifah 19 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Masih utuh di sekitar Estet Samarahan, Kampung Jaya Ria dan Kampung Senyawan.

Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan. Walau pun negara Asia dianggap kerdil dan lemah suatu ketika dahulu, Jepun secara tiba-tiba menjadi sebuah kuasa yang mampu menjajah isi dunia sehingga mencetuskan perang dunia kedua.

Penaklukan Jepun serta penjajahan mereka diingati oleh generasi nenek moyang sebagai penjajahan yang paling perit dan kejam pernah mereka rasai.

Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Mereka tiba di kawasan jajahan dari pelbagai arah. Salah satunya adalah melalui laut dan pantai. Kredit: exhibition.dutytocountry.org

Penjajahan tentera Jepun bukan sahaja tertumpu di bahagian bandar besar di Kuching malah hingga ke ceruk kampung pun dijadikan markas mereka.

Peninggalan penjajahan tentera Jepun masih utuh berdiri sehingga ke hari ini sekitar kawasan kampung di Samarahan iaitu di Estet Samarahan, Kampung Jaya Ria dan Kampung Senyawan.

1. Bahagian kapal wap Jepun

Tinggalan kapal wap Jepun ini boleh anda lihat secara dekat kerana ia hanya terletak di tepi jalan sahaja melalui jalan utama Kampung Siniawan menuju ke Kampung Mang Seberang.

Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan. Sumber : Facebook & Izwan Asraf

Bahagian besi kapal ini dikatakan pernah digunakan untuk membakar kayu api sebelum kapal Jepun berlayar. Lokasi bahagian kapal wap ini juga sangat dekat dengan sungai tempat kapal wap tersebut berlayar menyebabkan ia ditukar menjadi tempat membakar kayu api.

2. Pintu gerbang Jepun ‘Yorioka Shrine’

Jika anda pernah melalui jalan Ensengei dari Serian menuju ke Samarahan, pasti anda akan perasan terdapat satu binaan lama yang terletak di tepi ladang sawit berhampiran jalan utama.

Pintu gerbang atau pun digelar ‘Torii’ dalam bahasa Jepun ini merupakan jalan masuk utama ke tokong peninggalan Jepun yang dinamakan sebagai Yorioka Shrine.

Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Sumber foto: Reddit
Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Pintu gerbang Jepun ‘Yorioka Shrine’ yang telah menjalani proses restorasi. Kredit: FB Hairunisa Ahmad
Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Sumber : Facebook & Chong Lim

Binaan ini merupakan pintu gerbang tinggalan Jepun yang menandakan bahawa kawasan tersebut merupakan pintu masuk utama ke markas mereka pada waktu itu. Pada zaman penjajahan Jepun, kawasan Estet Samarahan pada asalnya merupakan kawasan ladang getah sebelum ditukar menjadi ladang kelapa sawit.

Binaan pintu gerbang ini tidak ubah seperti binaan pintu gerbang Jepun yang asli.

Pintu gerbang ini sempat terbiar dan menjadi tempat pokok menjalar membiak sebelum usaha pemuliharaan semula peninggalan ini dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 2021.

Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Kredit foto: FB Hj Anuar Unid

3. Tangki air Jepun

Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai tangki air tinggalan Jepun ini. Namun, ada juga cerita yang mengatakan bahawa bilik di bawah tangki air ini pernah dijadikan tempat untuk tahanan Jepun.

Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
Sumber : Facebook

4. Tokong Jepun

Binaan asal serta rekabentuk asal tokong Jepun ini sebenarnya telah roboh. Pondok berbumbung yang anda lihat ini adalah binaan baru menggantikan bangunan tokong Jepun yang lama.

Namun, ada juga cerita yang menyatakan bahawa lokasi ini pada asalnya bukan lah tokong tetapi sebaliknya merupakan tempat persemadian atau kubur anak tuan Jepun yang telah meninggal dunia.

Sumber : Facebook

Tinggalan Jepun di Estet Samarahan, Kampung Jaya Ria dan Kampung Senyawan ini berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan terbaru jika dipelihara sepenuhnya oleh pihak yang berwajib. Khabarnya, estet di kawasan ini juga dibuka oleh pihak Jepun pada sekitar tahun 1912.

Sayang pula jika tinggalan sejarah ini lenyap begitu sahaja sebelum generasi muda akan datang sempat menatapnya. Begitu juga kisah di sebaliknya yang akan hilang begitu sahaja.

Lepas melawat Yorioka Shrine ini, bolehlah singgah di restoran tersembunyi Jepun di TT3 Tabuan ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahniah! Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Sekolah Ketiga Tahanan Juvana Terbaik SPM Di Malaysia Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Sekolah Ketiga Tahanan Juvana Terbaik SPM Di Malaysia
Next Article Sultan Tengah Manga, Sultan Pertama dan Terakhir Di Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?