Adakah anda salah seorang yang percaya dengan teori ini?
Lihat Bagaimana Pakcik Shell Ini Kantoikan Teori Pam Perlahan Dapat Minyak Ekstra. Apabila anda mengisi minyak kenderaan di stesen minyak, adakah anda selalu menekan nozel minyak dengan perlahan bagi mendapatkan minyak ekstra? Atau anda menekan nozel dengan perlahan kerana tidak mahu minyak terbazir dengan banyak kerana menjadi buih?
- Adakah anda salah seorang yang percaya dengan teori ini?
- Adakah teori ini fakta atau auta semata-mata? Mari kita lihat.
- Tahukah anda apa yang berlaku?
- Tak perlu tunggu lama untuk pam minyak selepas ini
- Tahukah anda anak Sarawak juga menyandang jawatan tinggi dalam syarikat petroleum Shell? Baca selanjutnya di sini :
Untuk mencabar teori ini, Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Pakcik Shell sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila beliau memuat naik sebuah video eksperimen untuk membuktikan teori tersebut.
Untuk pengetahuan anda, nama Pakcik Shell sebelum ini mula menjadi buah mulut orang ramai apabila beliau sendiri turun padang menemui pekerja separuh masa stesen minyak yang tular mengambil keputusan SPM menggunakan baju uniform kerja Shell. Malah, Pakcik Shell ini turut menghadiahkan pelajar tersebut dengan jam tangan G-shock dan beg selain mendapat peluang untuk mengetahui pengajian berkaitan syarikat Shell.
Berbalik kepada kisah teori ini tadi, menerusi instagram rasmi beliau, Pakcik Shell telah membongkar sejauh mana kebenaran teori yang popular tentang kaedah pengisian minyak di stesen minyak iaitu ‘pam perlahan boleh dapat minyak ekstra’.
Adakah teori ini fakta atau auta semata-mata? Mari kita lihat.
Melalui video IGTV tersebut, Pakcik Shell bersembang dengan watak seekor kucing hitam yang diberi nama Heihei tentang teori tersebut. Sempoi saja gaya Pakcik Shell ini buat video eksperimen. Tak perlu bercakap pun boleh terangkan dengan jelas tentang kebenaran teori ini.
Dalam video yang sama juga, Pakcik Shell telah membuat perbandingan sebenar pengisian minyak sebanyak 10 liter ke dalam sebuah bekas dengan dua cara berbeza iaitu dengan menekan nozel minyak secara perlahan dan secara laju.
Tahukah anda apa yang berlaku?
Kuantiti minyak dalam bekas yang sama banyak itu menunjukkan minyak tetap mencapai isipadu yang sama untuk kedua-dua kaedah pengisian iaitu pam perlahan dan pam secara laju!
Bagi memberi penerangan yang lebih mudah, Pakcik Shell turut menyertakan sekali sebuah lagi eksperimen dengan menggunakan dua bekas cawan plastik Costa Coffee yang berisi air separa penuh.
Untuk bekas yang pertama, beliau menuang air dengan perlahan manakala untuk bekas yang kedua, beliau menuang air dengan laju. Hasilnya tetap sama iaitu kuantiti air tidak berubah sama sekali untuk kedua-dua bekas. Wah!
Sumber : IG @pakcikshell
Tak perlu tunggu lama untuk pam minyak selepas ini
Auta rupanya teori pam perlahan selama ini. Selepas ini, anda tidak perlu lagi untuk menunggu lama menanti minyak penuh ke dalam tangki minyak kenderaan anda kerana pam perlahan ataupun laju, ia tidak mendatangkan apa-apa beza.
Lagi cepat, lagi bagus kan? Kasihan orang belakang tunggu lama-lama nak isi minyak.
