fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
5 Disember 2019
Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Siapa Sangka Straw Boleh Diperbuat Daripada Beras!

Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019
Imelda Bragie, pencipta straw menggunakan beras Bario. Kredit : Twitter Shell LiveWIRE International

Wanita Sarawak Ini Dapat Ganjaran USD 10,000!

Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019. Agaknya tahun 2019 ini merupakan tahun yang bertuah buat para innovator di Sarawak. Kini, giliran seorang lagi wanita Sarawak mengukir kejayaan apabila beliau menerima anugerah Outstanding Achievement pada 2019 Shell LiveWIRE Top Ten Innovators Awards.

Dengan membawa pulang anugerah ini, wanita yang bernama Imelda Bragie ini akan menerima sejumlah USD 10,000 sebagai funding untuk inovasi straw beras. Ia juga melayakkan beliau untuk diberi mentoring oleh pakar Shell, peluang hubungan pasaran, serta peluang menjadi vendor kepada Shell atau pelanggan Shell. Kalau jumlah tersebut ditukar ke Ringgit Malaysia, ia bersamaan dengan RM 41,730.00. Girl power betul lah!

ADVERTISEMENT
Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019
Edible straw yang dinamakan Straw Berau Chelum. Kredit : Facebook Benak Raya Co

Straw 2-in-1 : Boleh Dimakan, Kurangkan Pencemaran

Imelda Bragie, pengasas Benak Raya Enterprise telah menambat hati juri dengan ciptaan inovasi straw yang diperbuat daripada beras Bario. Menariknya, ia bukan sahaja berfungsi sebagai straw semata-mata tetapi ia juga boleh dimakan! Tambahnya, edible straw ini bukan sahaja mempamerkan inovasi tetapi juga berupaya untuk menggantikan penggunaan straw plastik sekaligus menyelamatkan alam sekitar.

Bukan Tahap Lokal, Imelda Antara Top 10 Innovators Dari Seluruh Dunia. Fuh!

Untuk pengetahuan anda, Shell LiveWIRE Top Ten Innovators Award ini merupakan anugerah global untuk meraikan para innovators LiveWIRE dari seluruh dunia serta memberikan mereka sumber serta latihan bagi mengembangkan perniagaan. Inovasi yang diketengahkan kebanyakannya adalah berasaskan konsep Circular Economy, iaitu mencipta produk daripada barang atau hasil buangan untuk dijadikan sebagai sumber ekonomi baru.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019
Wanita Sarawak Cipta Straw Beras Bario Menang Anugerah Outstanding Achievement di Shell LiveWIRE 2019

Untuk edisi tahun ini, sebanyak 98 penyertaan daripada 19 buah negara di seluruh dunia telah diterima. Setelah melalui proses penghakiman juri dan sebanyak 18,000 undian daripada 144 negara, 10 calon terbaik anugerah ini telah dikenal pasti. Paling membanggakan, salah seorangnya merupakan anak jati Sarawak dan satu-satunya wakil dari Malaysia!

ADVERTISEMENT

“Ia Lebih Dari Sebutir Beras”, Beras Bario Jenama Berau Boleh Jadi Pelbagai Produk

Kredit : Facebook Benak Raya Co.

Selain daripada ciptaan straw berasnya, beliau juga mengusahakan produk berasaskan beras yang lain seperti minuman, makanan, sabun, skrub, produk kecantikan, dan cenderahati atas jenama Berau. Inilah masanya kita #supportlocal!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Imelda atas anugerah Outstanding Achievement ini. Mesti innovators yang tengah baca sekarang rasa motivated kan? Manalah tahu, tahun depan giliran anda. Yang penting, jangan berputus asa.

ADVERTISEMENT

Jangan lupa like dan share post ini!

Share23356Tweet70SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy