• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lima Daerah Di Sarawak Catat Kepadatan Penduduk Terendah Di Malaysia

Oleh
Nazihah AN
26 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Lima Daerah Di Sarawak Catat Kepadatan Penduduk Terendah Di Malaysia

Berikut diambil dari Statistik Subnasional Parlimen 2024

Lima Daerah Di Sarawak Catat Kepadatan Penduduk Terendah Di Malaysia. Menurut laporan Statistik Subnasional Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2024, lima Parlimen di Sarawak mencatatkan kepadatan penduduk yang rendah, iaitu kurang daripada 10 penduduk per kilometer persegi.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, menyatakan bahawa lima Parlimen tersebut adalah P.216 Hulu Rajang dengan satu penduduk per kilometer persegi, P.220 Baram dengan tiga penduduk per kilometer persegi, dan P.214 Selangau dengan enam penduduk per kilometer persegi.

Lima Daerah Di Sarawak Catat Kepadatan Penduduk Terendah Di Malaysia

Lima Daerah Di Sarawak Catat Kepadatan Penduduk Terendah Di Malaysia

“Selain itu, P.215 Kapit mencatatkan tujuh penduduk per kilometer persegi, manakala P.203 Lubok Antu mencatatkan lapan penduduk per kilometer persegi. Tiga Parlimen di Sarawak juga merekodkan jumlah penduduk kurang daripada 30,000 orang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Parlimen tersebut ialah P.210 Kanowit dengan jumlah penduduk seramai 25,300 orang, diikuti oleh P.203 Lubok Antu dan P.207 Igan dengan masing-masing 27,400 orang dan 28,000 orang.

Berdasarkan anggaran penduduk semasa tahun 2023, tiga daripada 222 Parlimen di Selangor mencatatkan jumlah penduduk yang tertinggi iaitu P.102 Bangi dengan jumlah penduduk seramai 708,300 orang, diikuti oleh P.111 Kota Raja dengan 538,900 orang dan P.104 Subang dengan 492,600 orang.

“P.116 Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan Parlimen yang mencatatkan kepadatan penduduk tertinggi, iaitu seramai 13,587 orang bagi setiap kilometer persegi. P.100 Pandan di Selangor berada di kedudukan kedua dengan kepadatan 11,713 orang per kilometer persegi, manakala P.050 Jelutong di Pulau Pinang mencatatkan 11,576 orang setiap kilometer persegi,” tambah beliau.

Berdasarkan komposisi demografi penduduk Malaysia pada tahun 2023, penumpuan utama bagi kumpulan etnik bumiputera dapat dilihat di negeri-negeri pantai timur. P.034 Setiu merekodkan 125,400 orang bumiputera, diikuti oleh P.038 Hulu Terengganu dengan 91,100 orang dan P.030 Jeli dengan 79,000 orang.

Selain itu, tiga Parlimen di Selangor mencatatkan jumlah tertinggi penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas, iaitu P.092 Sabak Bernam (11,200 orang), P.093 Sungai Besar (11,900 orang), dan P.095 Tanjong Karang (11,200 orang).

Baca juga artikel semasa di bawah:

Penilaian Akhir Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah Dalam Proses Tender Terbuka
Ini Sebab Mengapa Sarawak Mendahului Sabah Dalam Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kastam Tumpaskan Cubaan Seludup Minuman Keras Bernilai RM270K Ke Sarawak Kastam Tumpaskan Cubaan Seludup Minuman Keras Bernilai RM270K Ke Sarawak
Next Article AirAsia Raih Anugerah Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-15 AirAsia Raih Anugerah Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-15

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?