• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Gaji Hanya RM1,170 Sebulan, Isteri Tinggalkan Suami Selepas 3 Hari Berkahwin

Oleh
Farisha
25 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Kecewa dengan gaji suami, wanita melarikan diri hanya 3 hari selepas berkahwin

Gaji Hanya RM1,170 Sebulan, Isteri Tinggalkan Suami Selepas 3 Hari Berkahwin. Seorang wanita China dilaporkan melarikan diri selepas mengetahui bahawa gaji suaminya tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka, malah pasangan tersebut baru berkahwin selama tiga hari.

Menurut sumber, pasangan pengantin tersebut bertemu melalui perkahwinan terancang tiga tahun yang lalu. Walaupun mereka jarang bertemu, tetapi pasangan itu memilih untuk berkahwin selepas keluarga pihak perempuan mendesak dia untuk berkahwin.

Gaji Hanya RM1,170 Sebulan, Isteri Tinggalkan Suami Selepas 3 Hari Berkahwin
Gaji Hanya RM1,170 Sebulan, Isteri Tinggalkan Suami Selepas 3 Hari Berkahwin. Sumber: habibjewels

Bagaimanapun, difahamkan isterinya pernah mengaku tidak mempunyai perasaan yang kuat terhadap lelaki tersebut sebelum berkahwin, namun disebabkan paksaan keluarga, mereka akhirnya memilih untuk melangsungkan perkahwinan.

Setelah berkahwin baru tahu gaji suami, dan terus larikan diri

Selepas berkahwin, wanita baru bertanya tentang gaji suaminya untuk mengatur kewangan rumah tangga mereka. Tetapi, suaminya dikatakan teragak-agak untuk mendedahkan pendapatan gajinya.

“Saya seorang pekerja bermusim di syarikat, gaji saya 1,800 yuan (sekitar RM1,170) sebulan,” katanya.

Sementara itu, tiga hari selepas perkahwinan, isterinya mengemas barang-barangnya dan menyatakan bahawa dia akan pulang ke rumah untuk menjenguk keluarganya. Sejak itu, dia tidak pernah pulang ke rumah suaminya.

Suaminya cuba memujuk isterinya pulang ke rumah. Tetapi dia menjelaskan bahawa dia mahu tinggal di kampung. Pasangannya menjadi sangsi dengan tindakan isterinya.

Lelaki bercadang untuk pindah ke kampung untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, malah si isteri masih enggan untuk bersama

Lelaki itu memilih untuk berpindah ke rumah mertuanya demi menyelamatkan perkahwinannya. Selepas lebih setahun, isterinya masih belum bercadang untuk kembali kepadanya.

Walaupun suaminya kecewa dan sedih, dia cuba menyelamatkan perkahwinan mereka. Dia akan menghantar wang kepada isterinya setiap kali cuti dengan harapan dapat mengeratkan hubungan mereka.

Dalam pada itu, difahamkan Isterinya bersyukur menerima bungkusan itu tetapi tidak bercadang untuk kembali kepada suaminya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Suami Sanggup Tinggalkan Gaji Lima Angka Dan Bermastautin Di Sarawak Bersama Isteri
Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nampak Gah Dan Berprestij, Majlis Dinner Pasaraya Sarawak Ini Jadi Bualan Hangat Netizen Nampak Gah Dan Berprestij, Majlis Dinner Pasaraya Sarawak Ini Jadi Bualan Hangat Netizen
Next Article Tular Lukisan Mural Tarikan Pelancong Di Pantai Kala Dana Mukah Dipadam Cat Hijau Tular Lukisan Mural Tarikan Pelancong Di Pantai Kala Dana Mukah Dipadam Cat Hijau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?