• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
24 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching

Setiap perbuatan pasti ada balasan

Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching. Akibat menyerang seorang lelaki kurang siuman atau OKU dengan menembak menggunakan mercun, pekerja di salah sebuah syarikat kurier ini didenda RM1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret.

Isi Isi Penting
  • Setiap perbuatan pasti ada balasan
  • Tertuduh menakut-nakutkan mangsa
  • Pengadu merupakan abang kepada mangsa
  • Telah tular rakaman buang patung keagamaan dalam tong sampah, lelaki ini didenda RM2,500. Baca artikel di bawah:

Dilaporkan bahawa tertuduh, Mohd Aidid Mohamad Supian, 22 tahun, telah mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching
Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching

Tertuduh menakut-nakutkan mangsa

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda tidak melebihi RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa cuba mencederakan mangsa lelaki berusia 38 tahun menggunakan sarung picagari plastik dan mercun yang membakar dan menyasarkan mangsa. Jenayah itu didakwa berlaku di belakang pejabat syarikat kurier itu di Bandar Baharu Semariang kira-kira jam 11 pagi pada 10 Mei lalu.

Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching
Tangkapan layar dari video

Pengadu merupakan abang kepada mangsa

Kenyataan kes menunjukkan pada hari kejadian, abang mangsa (pengadu) melihat video mangsa dibuli orang tidak dikenali ketika melayari laman sosial Facebook.

Dalam video itu, pengadu turut melihat mangsa dibuli mercun dan objek tajam. Pengadu kemudiannya membuat laporan polis. Pendakwaan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad menjalankan pendakwaan tanpa tertuduh diwakili peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah memberitahu sidang media pada 11 Mei lalu bahawa tertuduh ditahan selepas menerima laporan terhadapnya selepas video kejadian buli tular di media sosial.

Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching

Telah tular rakaman buang patung keagamaan dalam tong sampah, lelaki ini didenda RM2,500. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual
Next Article Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?