I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)

Oleh Nur Afifah 26 Disember 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Rancanglah mulai dari sekarang.

Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti). Malaysia sememangnya terkenal dengan kalendar cuti yang banyak dan panjang. Tapi, ada masanya, kita perlukan cuti yang lebih banyak daripada cuti umum yang ‘wajib’ tu, betul tak? Tahukah anda bahawa untuk tahun 2023, terdapat 11 minggu cuti umum yang kita boleh ‘hack’ supaya jadi lebih panjang?

Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan tunjukkan bagaimana anda boleh memaksimakan cuti umum pada tahun 2023.

via GIPHY

Januari 2023

Untuk bulan Januari, terdapat 2 minggu cuti umum yang boleh kita manfaatkan sebaiknya. Pertama adalah minggu cuti umum sempena Tahun Baharu, dan kemudiannya minggu cuti Tahun Baharu Cina. Memang kaw-kaw punya cuti bulan ni.

1. Cuti Tahun Baharu:

  • 31 Disember (Sabtu)
  • 1 Januari (Ahad)
  • 2 Januari (Isnin – cuti umum)
  • 3 Januari (Selasa – mohon cuti)

Jumlah hari cuti: 4 hari

2. Cuti Tahun Baharu Cina:

  • 21 Januari (Sabtu)
  • 22 Januari (Ahad)
  • 23 Januari (Isnin – cuti umum)
  • 24 Januari (Selasa – cuti umum)
  • 25 Januari (Rabu – mohon cuti)
  • 26 Januari (Khamis – mohon cuti)
  • 27 Januari (Jumaat – mohon cuti)
  • 28 Januari (Sabtu)
  • 29 Januari (Ahad)

Jumlah hari cuti: 9 hari

April – Mei 2023

Setelah pulun bekerja di bulan Februari dan Mac, kita rancang pula cuti panjang pada bulan April-Mei. Untuk bulan ini sahaja, terdapat tiga minggu cuti panjang, termasuklah satu minggu cuti perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri 😱

3. Cuti Good Friday:

  • 7 April (cuti umum)
  • 8 April (Sabtu)
  • 9 April (Ahad)
  • 10 April (Isnin – mohon cuti)

Jumlah hari cuti: 4 hari

4. Cuti Hari Raya Aidilfitri + Cuti Hari Pekerja:

  • 22 April (Sabtu)
  • 23 April (Ahad)
  • 24 April (Isnin – cuti umum)
  • 25 April (Selasa – cuti umum)
  • 26 April (Rabu – mohon cuti)
  • 27 April (Khamis – mohon cuti)
  • 28 April (Jumaat – mohon cuti)
  • 29 April (Sabtu)
  • 30 April (Ahad)
  • 1 Mei (Isnin – cuti umum)

Jumlah hari cuti: 10 hari

Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)
Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)

Mei – Jun 2023

Bulan Mei dan Jun pula boleh dikatakan lubuk cuti buat rakyat Sabah dan Sarawak. Mana tidaknya, kedua-dua perayaan utama di Sabah dan Sarawak iaitu Hari Kaamatan dan Hari Gawai, berturut-turut dengan cuti Hari Wesak.

5. Cuti Hari Kaamatan + Hari Wesak (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan)

  • 29 Mei (Isnin – mohon cuti)
  • 30 Mei (Selasa – cuti umum)
  • 31 Mei (Rabu – cuti umum)
  • 1 Jun (Khamis – mohon cuti)
  • 2 Jun (Jumaat – mohon cuti)
  • 3 Jun (Sabtu)
  • 4 Jun (Ahad)
  • 5 Jun (Isnin – cuti umum)

Jumlah hari cuti: 8 hari

6. Cuti Hari Gawai + Hari Wesak (Sarawak)

  • 31 Mei (Rabu – mohon cuti)
  • 1 Jun (Khamis – cuti umum)
  • 2 Jun (Jumaat – cuti umum)
  • 3 Jun (Sabtu)
  • 4 Jun (Ahad)
  • 5 Jun (Isnin – cuti umum)
  • 6 Jun (Selasa – mohon cuti)

Jumlah hari cuti: 7 hari

Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)

Jun – Julai 2023

Yang ini pula optional. Tapi selalunya kalau cuti umum yang berselang sehari dua dengan hujung minggu pun tak best juga kan? Baik mohon cuti, terutamanya untuk satu hari yang selang tu 🤔

7. Cuti Hari Raya Aidiladha:

  • 29 Jun (Khamis – cuti umum)
  • 30 Jun (Jumaat – mohon cuti)
  • 1 Julai (Sabtu)
  • 2 Julai (Ahad)

Jumlah hari cuti: 4 hari

8. Cuti Awal Muharram:

  • 19 Julai (Rabu – cuti umum)
  • 20 Julai (Khamis – mohon cuti)
  • 21 Julai (Jumaat – mohon cuti)
  • 22 Julai (Sabtu – cuti umum)
  • 23 Julai (Ahad)

Jumlah hari cuti: 5 hari

Ogos – September 2023

9. Cuti Hari Kebangsaan:

  • 31 Ogos (Khamis – cuti umum)
  • 1 September (Jumaat – mohon cuti)
  • 2 September (Sabtu)
  • 3 September (Ahad)

November 2023

10. Cuti Hari Deepavali (kecuali Sarawak):

  • 10 November (Jumaat – mohon cuti)
  • 11 November (Sabtu)
  • 12 November (Ahad – cuti umum)
  • 13 November (Isnin – cuti umum)

Jumlah hari cuti: 4 hari

Disember 2023

11. Cuti Hari Krismas:

  • 22 Disember (Jumaat – mohon cuti)
  • 23 Disember (Sabtu)
  • 24 Disember (Ahad)
  • 25 Disember (Isnin – cuti umum)
  • 26 Disember (Selasa – cuti umum untuk Sabah sahaja)

Jumlah hari cuti: 4/5 hari

Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)

Jumlah hari permohonan cuti yang boleh dibuat

Sarawak: 15 hari

Sabah dan W.P. Labuan: 17 hari

Secara keseluruhannya, anda memiliki 11 minggu cuti panjang pada tahun 2023, yang mana boleh dimanfaatkan apabila anda bijak mengatur permohonan cuti. Kalau dah ada gambaran keseluruhan macam ni, barulah senang nak rancang betul tak?

Apa-apa pun, cadangan ini bergantung kepada pilihan masing-masing. Selalu sangat cuti pun tak bagus juga sebab boleh mengundang tenaga kerja yang tidak produktif. Yang penting, rancanglah dengan sebaiknya.

Tengah cari tempat mana nak pergi cuti panjang tu nanti? Boleh baca selanjutnya kat sini:

Dengan Bajet Hanya RM300, Lelaki Ini Kongsi Itinerari 3 Hari 2 Malam Di Hatyai
Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen
Next Article Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?