• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu

Oleh
Ismail NA
26 Disember 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Terima kasih, netizen.

Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu. Siapa tak rasa hiba jikalau ibu yang tersayang tidak sempat menghadiri hari bahagia kita kan? Samalah seperti seorang wanita asal Kuching ini.

Isi Isi Penting
  • Permintaan edit gambar kahwin bersama arwah ibu jadi pengubat rindu
  • Arwah ibu adalah orang paling teruja Nurliza berkahwin
  • Arwah ibu pernah berhajat mahu ambil gambar di samping anaknya di hari perkahwinan
  • Hadiah paling bermakna untuk tatapan di hari mendatang

Namun, siapa sangka bahawa permintaannya untuk meletakkan gambar arwah ibu ke dalam gambar kahwinnya memberikannya sejuta rasa kebahagiaan yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu. Foto hasil suntingan Sabrie Safa via FB Edit Apa Hari Ni?

Permintaan edit gambar kahwin bersama arwah ibu jadi pengubat rindu

Nurliza Abdullah, seorang wanita yang kini menetap di Kuching, telah kehilangan ibunya 2 minggu sebelum hari perkahwinan. Ibunya meninggal dunia pada tanggal 17 November 2022, manakala hari pernikahannya berlangsung pada 1 Disember 2022.

Bagi melengkapkan gambar kahwinnya, beliau telah membuat satu permintaan di laman Facebook group, Edit Apa Hari Ini? untuk meletakkan gambar arwah ibunya di samping bapa dan suami tercinta.

Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu

Tidak disangka-disangka, ramai yang menunaikan permintaan tersebut, malah hasil gambar suntingan juga begitu cantik dan memuaskan.

Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Foto hasil suntingan Juhairi Hamim via FB Edit Apa Hari Ni?
Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Foto hasil suntingan Faisal Rodzlan via FB Edit Apa Hari Ni?
Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Foto hasil suntingan محمد شكري محمد via FB Edit Apa Hari Ni?
Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Foto hasil suntingan Rusilawati Razak via FB Edit Apa Hari Ni?
Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Foto hasil suntingan Emrozi Jusoh via FB Edit Apa Hari Ni?

Arwah ibu adalah orang paling teruja Nurliza berkahwin

Jelas wanita ini kepada akhbar Harian Metro, beliau memperkenalkan suaminya kepada kedua orang tua semasa usia hubungan perkenalan mereka belum mencecah satu tahun. Ibu dan bapa Nurliza menyambut baikd an merestui hubungan tersebut. Malah, ibunya adalah orang paling teruja apabila mengetahui bahawa Nurliza bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka mualaf yang telah dikenalinya selama 2 tahun, Muhammad Zaccarye Ian Abdullah.

Tidak mampu menahan rasa teruja, ibunya dengan pantas mengkhabarkan hajat perkahwinan Nurliza ke pengetahuan sepupunya. Selain sudah mengganggap suami Nurliza sebagai anak sendiri, ibunya juga merupakan insan yang paling banyak menyumbang buah fikiran buat hari perkahwinan beliau.

Arwah ibu pernah berhajat mahu ambil gambar di samping anaknya di hari perkahwinan

Disebabkan itu, Nurliza begitu terasa akan kehilangan ibunya sewaktu hari perkahwinan. Apatah lagi, ibunya adalah orang yang paling rapat dengan Nurliza. Ibunya juga pernah memberitahu hajat untuk mengambil gambar bersama anak perempuannya pada hari pernikahan.

Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Foto hasil suntingan Mdm Atiqah via FB Edit Apa Hari Ni?

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat melawan takdir Tuhan apabila ibunya dijemput menghadap Ilahi sebelum mampu berbuat demikian.

Hadiah paling bermakna untuk tatapan di hari mendatang

Oleh itu, beliau membuat permintaan di laman Facebook tersebut bagi menunaikan hasrat terakhir ibunya. Nurliza juga mengganggap suntingan yang dihasilkan oleh netizen ini sebagai hadiah serta kenangan paling bermakna buatnya.

Bila mak tiada saya rasa sunyi kerana mak dulu selalu tunggu saya balik kerja dan peneman saya bersembang setiap hari. Jadi dengan adanya gambar itu walaupun ia cuma edit, sangat bermakna buat saya kerana sekurang-kurangnya ada juga mak dalam gambar hari bersejarah saya yang boleh dibuat kenangan,”

Nurliza Abdullah kepada Harian Metro

Dalam pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para netizen atas suntingan gambar kahwinnya serta doa atas kesejahteraan arwah ibunya.

Skill edit ni kalau betul-betul belajar, memang boleh jana pendapatan. Contohnya seperti ini:

Belajar Sendiri Edit Video, Wanita Dari Sabah Ini Kini Dibayar RM20K Sebulan
Pelukis Ini Bengang Ditawar RM8 Sahaja Untuk Satu Lukisan Dalam Buku
SUMBER :Harian MetroFB Edit Apa Hari Ni?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik 'Ngoang' Atau Lobster Sarawak Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik ‘Ngoang’ Atau Lobster Sarawak
Next Article Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?