• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen

Oleh
ILB - AI
26 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Luahan sekali dengan tangkapan skrin perbualan, bukti sisi lain kanak-kanak masa kini

Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen. Kalau kita lihat disekeliling kita, semakin hari semakin menipis adab berbahasa anak muda kita. Terkadang risau melihat mereka seperti terlalu berani dengan kata-kata yang dilontarkan.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook daripada akaun Duria Duni Bajing telah mendapat perhatian ramai netizen. Manakan tidak, perkongsian yang disekalikan dengan tangkapan skrin perbualan itu benar-benar menunjukkan sisi lain kanak-kanak pada masa kini.

Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen
Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen. Sumber gambar: FB Duria Duni Bajing

Baru berusia 12 tahun tetapi kata-kata dilontarkan sangat biadap

Luahan seorang ibu itu mengekspresikan perasaan kecewanya apabila kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun tersebut kelihatan sangat biadap dengan kata-kata yang dilontarkan oleh kanak-kanak tersebut apabila berkomunikasi dengan beliau.

Menurut pemilik akaun ini, hal ini terjadi apabila beliau membaca pesanan Whatsapp yang dihantar kepada anaknya. Difahamkan beliau hanya membenarkan anaknya menggunakan telefon bimbit pada hujung minggu sahaja. Jadi, apabila beliau membaca pesanan tersebut, beliau sangat tidak menyangka cara pertuturan kanak-kanak seusia 12 tahun itu sangat biadap.

Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen
Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen. Sumber gambar: FB Duria Duni Bajing

Berani memuatnaik status ”Isok ibuk kita”, “makcik bisu”

Jadi, memandangkan bagi beliau cara kanak-kanak tersebut sangat biadap, beliau telah membalas pesanan tersebut bagi pihak anaknya. Alangkah terkejutnya beliau apabila kanak-kanak tersebut dengan lantang dan biadap membalas semula pesanan beliau dengan kata-kata yang tidak mencerminkan usianya.

Malah, kanak-kanak tersebut dengan cukup berani memuatnaik status di Whatsapp nya dengan menyindir beliau ”Isok ibuk kitai” yang bermaksud ”makcik bisu”.

Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen
Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen. Sumber gambar: FB Duria Duni Bajing

Bukan itu sahaja, kanak-kanak ini juga seolah tidak takut dengan apa-apa termasuk jika perkara ini dibawa kepada pihak sekolah dan guru besar mereka. Malah semakin menentang. Bagi kanak-kanak ini, isu ini tiada kaitan dengan isu di persekolahan.

Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen
Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen. Sumber gambar: FB Duria Duni Bajing

Menurut beliau, hal ini bukan perkara biasa. Memang zaman mula berubah, tidak sama dengan zaman kita terdahulu. Tetapi, jangan menidakkan kenyataan bahawa kanak-kanak yang baru berusia mentah ini sangat biadap tingkah laku dan pertuturannya.

Bahkan, jangan jadikan hal ini perkara biasa memandangkan mereka masih kanak-kanak. Seharusnya diusia muda mereka diajarkan adab. Tidak kira di rumah mahupun di sekolah. Semoga kanak-kanak ini dapat segera berubah demi kebaikannya sendiri.

Banyak kisah lain yang berkait dengan kanak-kanak. Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

Dilihat Tidur Dalam Longkang Sambil Jual Buah Mangga, Kanak-Kanak Dari Sabah Ini Menyayat Hati Netizen
Maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ini Rupanya Ciptaan Kanak-Kanak Asal Malaysia
SUMBER :FB Duria Duni Bajing
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Yakin Kerajaan Sarawak Mampu Hasilkan Vaksin Sendiri Abang Jo Yakin Kerajaan Sarawak Mampu Hasilkan Vaksin Sendiri
Next Article Bayar Petrol Guna Aplikasi, Kenderaan Nombor Plat Asing Ini Isi RON95 Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?