• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayar Petrol Guna Aplikasi, Kenderaan Nombor Plat Asing Ini Isi RON95 Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
26 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ada lagi kes kereta bernombor plat asing ini isi minyak RON95🤦‍♀️

Bayar Petrol Guna Aplikasi, Kenderaan Nombor Plat Asing Ini Isi RON95 Di Sarawak. Sebelum ini, pernah juga tular kes seperti ini di mana sebuah kenderaan bernombor plat asing mengisi minyak RON95 bersubsidi di stesen minyak di sini.

Pada hari ini pula, kes ini berulang semula apabila Sarawak Roads Update memperoleh satu mesej daripada seorang pengadu yang mengambil gambar kenderaan bernombor plat asing sedang mengisi minyak RON95.

Bayar Petrol Guna Aplikasi, Kenderaan Nombor Plat Asing Ini Isi RON95 Di Sarawak
Bayar Petrol Guna Aplikasi, Kenderaan Nombor Plat Asing Ini Isi RON95 Di Sarawak. Kredit foto: Sarawak Roads Update

Guna aplikasi SETEL untuk isi petrol RON95

Menurut perkongsian berkenaan, kenderaan bernombor plat asing itu menggunakan aplikasi SETEL untuk mengisi minyak jadi pemilik kenderaan tersebut tidak pergi ke kaunter untuk membuat bayaran.

Perkara ini telah mencetus perasaan kurang senang bagi rakyat kerana RON95 adalah minyak petrol khas yang ditanggung kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Seperti yang kita ketahui, terdapat dua jenis minyak petrol yang dijual di stesen di negara kita iaitu RON95 dan RON97.

RON95 adalah minyak bersubsidi yang hanya boleh digunakan oleh rakyat Malaysia sahaja dan rakyat luar tidak boleh mengisi minyak ini pada kenderaan mereka. Kenderaan bernombor plat asing hanya boleh mengisi RON97 dan RON100 sahaja.

Bayar Petrol Guna Aplikasi, Kenderaan Nombor Plat Asing Ini Isi RON95 Di Sarawak

Kesalahan ini boleh dikenakan hukuman yang berat

Pengusaha stesen minyak yang membiarkan perkara ini berlaku pula boleh didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pengusaha stesen minyak atau mana-mana individu bernombor plat asing yang melanggar peraturan ini, anda boleh menyalurkan aduan lengkap dengan nama dan lokasi stesen minyak serta bukti bergambar kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

  1. WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317
  2. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Call Centre 1-800-886-800
  4. Emel [email protected]
  5. Ez ADU KPDNHEP

KPDNHEP Sarawak juga telah membalas perkongsian daripada Sarawak Roads Update ini.

Ketahui lanjut kenapa kenderaan asing tak boleh isi RON95 di Malaysia:

Ini Sebab Mengapa Kenderaan Asing Tidak Boleh Mengisi Petrol RON95 Di Malaysia
Gambar Kenderaan Indonesia Isi Minyak RON95 Tular Di Sarawak
SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luah Perangai Kanak-Kanak Kini Makin Biadap, Ibu Ini Undang Perhatian Netizen
Next Article Miri Peroleh Anugerah Bandar Lestari Terbaik Malaysia Tourism Council Gold Award 2022 Miri Peroleh Anugerah Bandar Lestari Terbaik Malaysia Tourism Council Gold Award 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?