• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Main ‘Candy Crush’ Ketika Memandu, Pemandu e-Hailing Disiasat Polis

Oleh
ILB - AI
20 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular mengenai pemandu Grab tidak menjaga keselamatan penumpang dengan bermain game semasa memandu

Main Candy Crush Ketika Memandu, Pemandu e-Hailing Disiasat Polis. Seperti yang diketahui umum, sebagai pemandu, keselamatan penumpang menjadi tanggungjawab utama supaya mereka boleh sampai ke destinasi dengan selamat, terutama sekali berkerja sebagai seorang pemandu e-Hailing.

Bagaimanapun, Blog Singapura Stomp baru-baru ini mendakwa bahawa polis sedang menyiasat insiden di mana seorang pemandu Grab ditangkap bermain permainan video di telefonnya ketika memandu dengan membawa penumpang berusia 13 tahun.

Menurut si pengadu kepada Stomp yang dikenali sebagai Kim itu menyatakan bahawa anak lelakinya yang berusia 13 tahun menaiki teksi Grab dari rumahnya ke Singapore Youth Flying Club pada 9.51 pagi (waktu tempatan), yang berharga SGD16.60 (RM56.82).

Main Candy Crush Ketika Memandu, Pemandu e-Hailing Disiasat Polis
Sumber: stomp

Anak merakam dan mengadu kepada ibu

“Pada pukul 9.58 pagi, anak saya menghantar video kepada saya dan menjelaskan bahawa pemandunya bermain permainan Candy Crush semasa memandu.

“Kemudian dia menghantar lagi video dan semakin ketakutan kerana pemandu masih bermain permainan telefon bimbit ketika memandu di Lebuh Raya Kranji (KJE),” ujar ibu kepada budak 13 tahun tersebut.

Diminta berhenti memain telefon, tapi diabaikan sehingga jam 10.06 pagi

Dalam pada itu, beliau meminta anaknya menghentikan pemandu berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,kerana tindakan pemandu itu boleh membahayakan mereka berdua.

Menurut Kim, pada pukul 10.06 pagi barulah pemandu itu berhenti menggunakan telefonnya seperti yang diminta.

Main Candy Crush Ketika Memandu, Pemandu e-Hailing Disiasat Polis
Sumber: stomp

Si ibu juga membuat laporan polis

Sementara itu, Kim juga memfailkan laporan polis dan menyatakan bahawa penggunaan telefon semasa memandu adalah kesalahan lalu lintas yang boleh dedenda sehingga SGD1,000 (RM3,424) atau enam bulan penjara.

Menerusi perkongsian tiga rakaman video dengan Stomp itu menunjukkan pemandu Grab bermain permainan video pada telefonnya semasa memandu dan menekan skrin berulang kali semasa kereta itu bergerak.

Dalam pada itu, memetik sumber, polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Sabah Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis
Gara-Gara Guna E-Hailing Pada Waktu Malam, Wanita Dari Kuching Ini Kena Caj Tambahan ‘Overnight’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Zus Coffee Cawangan Kedua Sarawak Buka Hari Ini, Bertempat Di Aeon Mall Kuching
Next Article Keunikan Ikan Lumi, 'Alien' Dari Laut Dengan Rasa 5 Bintang Keunikan Ikan Lumi, ‘Alien’ Dari Laut Dengan Rasa 5 Bintang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?