• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui 10 Makanan Rare Yang Hanya Dijumpai Di Sabah Dan Sarawak

Oleh
Aina Musa
22 November 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Ketahui 10 Makanan Rare Yang Hanya Dijumpai Di Sabah Dan Sarawak

Tak syok lah datang Borneo kalau tak cuba 10 list makanan ini

Ketahui 10 Makanan Rare Yang Hanya Dijumpai Di Sabah Dan Sarawak. Sabah dan Sarawak memiliki pelbagai juadah tempatan yang unik dan tidak dapat ditemui di tempat lain. Antara hidangan istimewa yang menjadi kebanggaan penduduk Sabah dan Sarawak adalah:

1. Hinava

Kredit: peppers-love.blogspot.my

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.

Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan.

2. Ambuyat

Kredit: blog.ingredientmatcher.com

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit.

Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.

Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.

3. Barobbo

Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau. Barobbo adalah masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo di masak bersama jagung pulut. Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis.

Barobbo biasanya di masak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti sewaktu cuti di hujung minggu dan ia lebih sedap di makan ketika masih panas.

4. Latok

Kredit: nurhasanahbaqiah.wordpress.com

Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut.

kredit video-Ronald Doxi

Ia sangat popular di kalangan suku kaum Bajau Laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna. Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya.

5. Amplang

Kredit: aniawatitri.wordpress.com

Amplang merupakan salah salah makanan ringan yang terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tawau dan Sandakan. Ia merupakan makanan tradisi bagi Bugis di Sabah.

Amplang merupakan keropok yang diperbuat daripada Ikan dan ikan yang biasanya digunakan untuk membuat keropok Amplang ini adalah dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji dan bahan-bahan lain untuk digoreng dan dijadikan keropok

6. Pinasakan Sada

Kredit: nabaluvi.blogspot.my

Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah.

Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Pinasakan Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.

7. Noonsom

Kredit: tanomkinotuan.blogspot.com

Noonsom merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun Sabah. Ia merupakan hidangan istimewa kaum Kadazan-Dusun.

Noonsom yang menjadi makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun merupakan salah satu makanan yang berupa jeruk. Noonsom biasanya ada tiga jenis iaitu noonsom sada (ikan), noonsom bambangan (buah), noonsom tuhau (tumbuhan).

8.Manok Pansuh

Kredit: alchetron.com

Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung Malaysia.

‘Manok’ bermaksudd ayam dan ‘Pansoh’ bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘ Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.

9.Umai

Kredit: kambatikpark.blogspot.my

Umai pula merupakan makanan yang berasal dari kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk sarawak yang berbagai kaum menggemari umai. Ianya disediakan dari ikan yang mentah.

Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Ianya juga dicampur dengan bahan perasa yang lain.

Umai yang biasa dijumpai adalah umai ikan dan umai udang. Umai lebih sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

10.Midin

Kredit: discoversibu.blogspot.my

Sayur midin atau nama panjangnya Kemidin merupakan sejenis sayur yang sangat popular di Sarawak dan kebiasaanya sayur ini dimasak secara goreng belacan.

Sekali pandang sayur ini tidak ubah seperti sayur pucuk paku. Midin goreng belacan merupakan hidangan makanan yang juga tidak kurang popularnya di kalangan kaum Iban, yang berbeza hanya cara penyediaan.

Banyak kedai-kedai makan di Sarawak yang menyediakan menu makanan sayur midin dengan pelbagai cara masakan.

Baca lagi artikel menarik:

Makanan Tradisional Sarawak, Ketahui ‘Tumpik’ Sajian Enak Penuh Nostalgia Di Bumi Kenyalang
Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Kenali ‘Ulat Lameh’ Yang Berharga RM 600 Untuk 1 KG
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Jadi Dalang Sindiket Lesen Terbang, Warga Asing Ditahan SPRM Di Sabah Padah Jadi Dalang Sindiket Lesen Terbang, Warga Asing Ditahan SPRM Di Sabah
Next Article Camping Di Atas Gunung, Bung Shiroh Village Stay Menawarkan Pemandangan Memukau Camping Di Atas Gunung, Bung Shiroh Village Stay Menawarkan Pemandangan Memukau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?