• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Makcik Lupa Tukar Gear P, Proton Saga Rempuh Premis Di Tawau

Oleh
Farisha
10 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Warga emas lupa tukar gear, Proton Saga ‘terparkir’ dalam premis

Makcik Lupa Tukar Gear P, Proton Saga Rempuh Premis Di Tawau. Satu kejadian mencemaskan berlaku di sebuah premis di Batu 3 Jalan Apas, Tawau semalam apabila sebuah Proton Saga berwarna kelabu dipandu seorang wanita warga emas secara tidak sengaja merempuh premis tersebut.

Menurut perkongsian yang tular di Facebook, insiden ini berlaku apabila pemandu berkenaan dikatakan terlupa untuk menukar gear ke posisi ‘P’ (Park).

Makcik Lupa Tukar Gear P, Proton Saga Rempuh Premis Di Tawau
Makcik Lupa Tukar Gear P, Proton Saga Rempuh Premis Di Tawau

Akibatnya, kereta itu terus meluncur ke hadapan dan merempuh cermin kedai tanpa sempat dikawal. Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan.

Netizen turut memberi nasihat

Seperti biasa, ruangan komen di media sosial menjadi medan netizen untuk memberikan pelbagai reaksi – ada yang simpati, ada juga yang berseloroh. Namun, kebanyakan mereka menasihati warga emas supaya lebih berhati-hati ketika memandu.

💬 “Tu lah, sepatutnya pemandu kereta ada had umur. Contoh, 55 tahun ke atas tak boleh drive kereta.”

💬 “Bagus lagi pakai manual, makcik. Kalau lepas clutch pun cuma melompat sikit ja, terus mati enjin.”

💬 “Ramai ingat kereta auto senang, tapi sebenarnya ia perlukan fokus tinggi. Lagi-lagi untuk warga emas.”

Sumber foto: Facebook Sabah Info

Adakah Warga Emas Patut Dilarang Memandu?

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku. Soal keselamatan pemandu warga emas sering menjadi topik perbincangan hangat. Ada yang berpendapat mereka masih layak memandu selagi sihat dan cekap, tetapi ada juga yang mencadangkan mereka mengambil langkah alternatif seperti meminta ahli keluarga menghantar atau menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab.

Apa pun, perkara ini perlukan kesedaran bersama. Jika anda mempunyai ibu bapa atau saudara yang sudah berusia dan masih memandu, pastikan mereka selamat di jalan raya. Jangan sampai premis jadi ‘parking’ tidak rasmi lagi.

Apa pendapat anda? Patutkah had umur memandu diwujudkan? Kongsikan di ruangan komen!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai individu yang memandu secara melulu:

Memandu Lawan Arus Kerana Risau Pusat Kitar Semula Tutup, Seorang Warga Emas Ditahan Polis
Tengah Isi Minyak Kereta, Kereta Lelaki Ini Dilanggar Sehingga Merempuh Kedai Stesen Minyak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menggerakkan Masa Depan: Potensi dan Cabaran Adaptasi Kenderaan Hidrogen di Malaysia Menggerakkan Masa Depan: Potensi dan Cabaran Adaptasi Kenderaan Hidrogen di Malaysia
Next Article Kes Pembunuhan Nurul Asikin: Sebutan Semula Dijadualkan 17 Mac di Mahkamah Kuching Kes Pembunuhan Nurul Asikin: Sebutan Semula Dijadualkan 17 Mac di Mahkamah Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?