• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Maklum Kepada KKM Segera Jika Ada Sebarang Kes COVID-19 Di Sekolah

Oleh
Nazihah AN
6 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sebarang Kes COVID-19 yang berlaku di sekolah hendaklah dilaporkan kepada KKM

Maklum Kepada KKM Segera Jika Ada Sebarang Kes COVID-19 Di Sekolah. Dilaporkan bahawa, jika terdapat sebarang kes COVID-19 yang berlaku di sekolah perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kadar segera agar penularan wabak tersebut boleh dibendung dengan lebih berkesan, kata Adam Prakash Abdullah, Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU).

Isi Isi Penting
  • Sebarang Kes COVID-19 yang berlaku di sekolah hendaklah dilaporkan kepada KKM
  • Peningkatan kluster pendidikan yang melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah
  • Kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih aktif dan berkesan
  • Baca lagi di sini:

Beliau menggesa semua pihak pengurusan termasuk pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil perhatian sepenuhnya dan memaklumkan sebarang kejadian melibatkan guru atau murid di sekolah kepada KKM dengan segera agar tindakan boleh diambil.

Maklum Kepada KKM Segera Jika Ada Sebarang Kes COVID-19 Di Sekolah
Maklum Kepada KKM Segera Jika Ada Sebarang Kes COVID-19 Di Sekolah

” Sebarang kes di sekolah tidak harus disembunyikan supaya penularan wabak ini boleh dibendung dengan berkesan. Kita semua harus menjadi warganegara yang bertanggungjawab dalam membantu menangani wabak COVID-19 ini,” kata beliau.

Peningkatan kluster pendidikan yang melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah

Tambah beliau, STU mengambil berat tentang pemakluman oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berkenaan dengan peningkatan kluster pendidikan yang melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah di seluruh negeri.

Menurut beliau, KKM mengenal pasti sebanyak 20 kluster, menunjukkan peningkatan yang berkaitan dengan jangkitan rakan sekerja dan kontak sosial.

Maklum Kepada KKM Segera Jika Ada Sebarang Kes COVID-19 Di Sekolah

“Makluman ini sangat membimbangkan dan oleh sebab itu, STU sentiasa memohon agar tindakan yang lebih berkesan diambil oleh KPM (Kementerian Pendidikan) dan KKM dalam menbendung wabak ini. Biarpun kita maklum KKM mengambil tindakan dengan menggerakkan pasukan kesihatan untuk pengesanan kes dan kontak serta menjalankan proses disinfeksi apabila perlu, namun adakah tindakan sedemikian berkesan setakat ini? Adakah penilaian risiko yang dibuat betul-betul menyelesaikan masalah yang dihadapi?” soal beliau

Kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih aktif dan berkesan

Tambah Adam, justeru kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih aktif dan berkesan agar penularan wabak COVID-19 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pada waktu yang sama, beliau juga memohon Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba memberikan sokongan kepada guru-guru di seluruh negeri untuk memberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

” Kita bukan meminta yang luar biasa hanya pertimbangan sewajarnya demi keselamatan warga sekolah amnya,” ujar beliau.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman
Next Article TERKINI: 385 Kes Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 40 Kluster Masih Lagi Aktif

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?