• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 385 Kes Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 40 Kluster Masih Lagi Aktif

Oleh
Nazihah AN
6 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Sarawak catat jumlah keseluruhan meningkat kepada 18,164 kes

TERKINI: 385 Kes Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 40 Kluster Masih Lagi Aktif. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sri Aman (129), Sibu (81), Bintulu (52), Miri (45), Kuching (22), Saratok (13), Lubok Antu (10), Marudi (6), Samarahan (5), Beluru (5), Asajaya (5), Pakan (3), Sebauh (2), Mukah (2), Limbang (2), Sarikei (1), Bukit Mabong (1) dan Kanowit (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 18,164 kes.

Isi Isi Penting
  • Sarawak catat jumlah keseluruhan meningkat kepada 18,164 kes
  • Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif)
  • 1 Kluster baharu hari ini
  • Daerah Asajaya telah bertukar ke status kuning daripada status hijau
  • Baca lagi di sini:

Daripada 385 kes tersebut, 128 kes adalah dari Penjara Sri Aman iaitu dari Kluster Tembok Sri Aman. Seramai 122 tahanan, empat (4) kakitangan Penjara dan dua (2) ahli keluarga kakitangan Penjara. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada 184 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (18 orang bergejala). Manakala, 168 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (1 orang bergejala).

TERKINI: 385 Kes Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 40 Kluster Masih Lagi Aktif
TERKINI: 385 Kes Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 40 Kluster Masih Lagi Aktif

Juga terdapat 18 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (2 orang bergejala). 10 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan. 4 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari negara China dan Papua New Guinea, dan 1 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B).

Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif)

Hari ini terdapat 228 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Bintulu (54), Hospital Miri, (50), Hospital Sibu (38), Hospital Umum Sarawak (31), PKRC Serian (29), Hospital Sarikei (15), PKRC di bawah Hospital Kapit (5), PKRC di bawah Hospital Sri Aman (3), dan PKRC di bawah Hospital Mukah (3). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 14,929 orang atau 82.19% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

1 Kluster baharu hari ini

Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maju, Sibu. Manakala, hari ini sebanyak 40 kluster yang masih aktif. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 9 kluster yang melaporkan penambahan kes. Manakala 31 kluster lagi tidak ada penambahan kes.

TERKINI: 385 Kes Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 40 Kluster Masih Lagi Aktif

Daerah Asajaya telah bertukar ke status kuning daripada status hijau

Daerah Asajaya telah bertukar ke status Kuning daripada status Hijau setelah merekodkan lima (5) kes jangkitan tempatan. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Hijau telah menurun kepada tujuh (7) daerah. Daerah Sri Aman telah bertukar daripada status Jingga kepada status Merah setelah merekodkan 47 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 12 daerah.

Daerah Saratok dan Sebauh telah bertukar daripada status Kuning kepada status Jingga setelah masing- masing merekodkan 23 dan 24 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah meningkat kepada empat (4) daerah.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Maklum Kepada KKM Segera Jika Ada Sebarang Kes COVID-19 Di Sekolah
Next Article TERKINI : Bazaar Ramadhan Di Kuching Dibatalkan Untuk Kekang Penularan COVID19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?