I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman

Husna Hazmi 6 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Kongsi

Kejadian berlaku di jalan di Kilometer 52 Jalan Sri Aman-Kuching, berhampiran kawasan Rapak Tepus A.

Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman. Dilaporkan bahawa seorang pejalan kaki maut akibat dirempuh ambulans ketika melintas jalan di Kilometer 52 Jalan Sri Aman-Kuching, berhampiran kawasan Rapak Tepus A, pada Ahad lalu.

Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman
Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman. Gambar sebagai hiasan

Mangsa berusia 69 tahun

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa dikenali sebagai Juan Mudin, berusia 69 tahun, dan beralamatkan dari Rumah Jun, Rapak Tepus, Pantu, Sri Aman.

Beliau berkata kemalangan tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 8.45 malam dan mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah lalu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sri Aman.

“Semasa kemalangan berlaku, van ambulans Klinik Kesihatan Pantu dikatakan bergerak menuju ke Lachau untuk memgambil mangsa kemalangan jalan raya.

“Bagaimanapun, semasa dalam perjalananan, ambulans itu telah melanggar mangsa yang cuba melintas jalan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia selepas itu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman
Gambar sebagai hiasan

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sri Aman

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Manakala pemandu dan penumpang ambulans difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Warga Emas Maut Dilanggar Ambulan Ketika Melintas Jalan Di Sri Aman
Gambar sebagai hiasan

Laporan berhubung kejadian hanya diterima semalam sekitar jam 9.58 pagi

Tambah Alexson lagi, laporan berhubung kejadian hanya diterima semalam sekitar jam 9.58 pagi.

“Susulan itu, pegawai penyiasat telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan juga mengambil sampel darah mamgsa serta pemandu ambulans bagi tujuan memeriksa kandungan alkohol atau dadah,” katanya.

Siasatan yang lebih lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Dan Brunei Capai Kata Sepakat Wujudkan Laluan Hijau Timbal Balik
Next Article Maklum Kepada KKM Segera Jika Ada Sebarang Kes COVID-19 Di Sekolah

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?