• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenderaan Asing 30 Km Dari Sempadan Indonesia, Brunei Hanya Dibenarkan Isi Maksimum 20 Liter Minyak Diesel

Oleh
Husna Hazmi
4 Ogos 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Kenderaan asing ini hanya dibenarkan untuk mengisi minyak diesel tidak melebihi 20 liter di stesen minyak Sabah dan Sarawak

Kenderaan Asing 30 Km Dari Sempadan Indonesia, Brunei Hanya Dibenarkan Isi Maksimum 20 Liter Minyak Diesel. Dipetik dari Astro Awani, kenderaan asing hanya dibenarkan mengisi minyak diesel tidak melebihi 20 liter di stesen minyak Sabah dan Sarawak yang beroperasi dalam radius 30 kilometer dari sempadan Brunei atau Indonesia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Menurut beliau, selepas radius 30 kilometer berkenaan, warganegara asing boleh membeli diesel pada kuantiti diperlukan dengan syarat isian itu hanya ke dalam tangki kenderaan mereka sahaja.

Kenderaan Asing 30 Km Dari Sempadan Indonesia, Brunei Hanya Dibenarkan Isi Maksimum 20 Liter Minyak Diesel
Kenderaan Asing 30 Km Dari Sempadan Indonesia, Brunei Hanya Dibenarkan Isi Maksimum 20 Liter Minyak Diesel. Sumber foto: Utusan Malaysia

Arahan Pengawal Bekalan Di bawah Peraturan 12A

Armizan menjelaskan bahawa ia berdasarkan Arahan Pengawal Bekalan Di bawah Peraturan 12A, Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 berhubung Larangan Penjualan Diesel dan Petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing yang sedang berkuatkuasa dan dikeluarkan pada 17 Jun 2022.

Terdapat kekeliruan di stesen minyak tertentu apabila tular larangan jualan minyak diesel kepada kenderaan asing, mereka khuatir dan keliru dengan peraturan yang sedia ada yang sebenarnya telah dikeluarkan sejak Jun 2022.

“Kita mahu lindungi hak rakyat kita untuk subsidi terbabit, tetapi pada masa sama kita prihatin kerana bagi kita kedatangan pelancong ke Sabah dan Sarawak ini penting untuk ekonomi setempat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jualan Rahmah Papar dan Program Battle of Ethnic di sini, malam tadi.

Kenderaan Asing 30 Km Dari Sempadan Indonesia, Brunei Hanya Dibenarkan Isi Maksimum 20 Liter Minyak Diesel
Sumber foto: Berita Harian

Mengulas hantaran tular menerusi media sosial

Beliau berkata demikian mengulas hantaran tular menerusi media sosial berkaitan konvoi kenderaan pelancong dari Brunei yang menyertai acara ‘off-road‘ atau luar jalan raya di Sarawak, namun kumpulan itu berdepan kesukaran mengisi diesel kerana stesen minyak di laluan mereka enggan menjual diesel kepada kenderaan asing.

Armizan berkata lagi, isian maksimum 20 liter diesel ini juga terpakai kepada stesen minyak di Semenanjung yang terletak dalam radius 50 kilometer dari sempadan Thailand dan Singapura berdasarkan peraturan sama, dan warganegara asing boleh mengisi minyak diperlukan dalam kenderaan selepas radius itu.

Berkemungkinan isu ini berbangkit kerana pengusaha-pengusaha stesen bimbang stesen minyak ditularkan jika menjual kepada kenderaan-kenderaan asing sebagaimana yang banyak berlaku sekarang.

“KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) akan meneruskan advokasi berkaitan arahan ini kepada syarikat dan pengusaha stesen minyak bagi mengelak sebarang kekeliruan,” ujar beliau.

Kenderaan Asing 30 Km Dari Sempadan Indonesia, Brunei Hanya Dibenarkan Isi Maksimum 20 Liter Minyak Diesel
Sumber foto: Berita Harian

Tidak boleh sama sekali diisi dengan minyak petrol RON95 bersubsidi

Namun, beliau menegaskan, kenderaan asing tidak boleh sama sekali diisi dengan minyak petrol RON95 bersubsidi yang telah disediakan untuk rakyat Malaysia, dan warganegara asing hanya dibenarkan membeli petrol RON97 untuk kenderaan masing-masing.

KPDN juga, katanya, mengambil perhatian tentang rungutan daripada pelancong asing di Sabah dan Sarawak yang sukar mendapatkan bekalan petrol RON97 kerana tidak banyak stesen minyak yang membekalkan petrol terbabit.

Saya akan mendapatkan laporan segera daripada KPDN Sabah dan Sarawak, dan mencari kaedah penyelesaian terbaik termasuk berbincang dengan Kementerian Kewangan,” katanya.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Dua Orang Disahkan Maut Dalam Letupan Sebuah Kapal Di Perairan Bintulu
Wanita Sedang Berjoging Hampir Diculik Kumpulan Bertopeng Di Bakam Miri

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Popular Dengan Thai Tea, ChaTraMue Bakal Buka Cawangan Di Kuching Popular Dengan Thai Tea, ChaTraMue Bakal Buka Cawangan Di Kuching
Next Article Walau Sudah Lama Tak Muncul, Persembahan Hafiz Suip Terima Sokongan Hebat Dari Peminat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?