Hafiz Suip buat ramai penonton kagum dengan bakat nyanyiannya
Walau Sudah Lama Tak Muncul, Persembahan Hafiz Suip Terima Sokongan Hebat Dari Peminat. Dilaporkan, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak, Hafiz Suip di pentas Konsert ByAjai & Mega Friends di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada malam Sabtu mendapat sorakkan dan tepukkan gemuruh daripada penonton.
Bukan itu sahaja, malah ada juga penonton yang memberikan ‘standing ovation’ kepada Hafiz seakan memberi semangat kepadanya yang sebelum ini pernah menyatakan tidak lagi relevan dalam industri.

Masih disayangi peminat
Sokongan meriah daripada penonton semalam telah membuktikan bahawa Hafiz masih lagi disayangi peminat dan bakat menyanyi beliau masih lagi disukai ramai.
Oleh kerana sudah lama tidak muncul di khalayak ramai, Hafiz yang tampil dengan sut berwarna hitam disulami labuci merah tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar beliau sehingga tersalah masuk sewaktu menyanyikan lagu pertamanya Ku Akui.

Hafiz berada dalam keadaan baik
Dalam masa yang sama, Hafiz juga memberitahu dia berada dalam keadaan baik sewaktu ditanya Ajai ke mana dia menghilang.
Sebenarnya saya ada saja. Cuma sekarang saya lebih suka mengenali diri,” katanya lagi.
Hafiz juga ada menjelaskan sebab dirinya kelihatan semakin kurus. Ia adalah kerana dia sedang menjaga kesihatan disebabkan berdepan dengan masalah slipped disc sejak 2016.
Dirinya turut berkata bahawa dia tidak pernah mengambil barang terlarang dan kini dia sedang aktif memasuki kelas tinju sejak dua bulan lalu.

