• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Apakah Sebenarnya Maksud Istilah ‘Ketek’ Yang Dipopularkan Oleh Premier Abang Jo?

Oleh
Nazihah AN
16 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Apakah Sebenarnya Maksud Istilah 'Ketek' Yang Dipopularkan Oleh Premier Abang Jo?

Anda Selalu Dengar Premier Abang Jo Sebut ‘Ketek’? Ini Maksud Sebenarnya

Apakah Sebenarnya Maksud Istilah ‘Ketek’ Yang Dipopularkan Oleh Premier Abang Jo? Jika anda mengikuti perkembangan di Sarawak atau sering mendengar ucapan Premier kita yang disayangi, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg (atau lebih dikenali sebagai Abang Jo), pasti anda pernah terdengar perkataan “Ketek”, bukan?

Bunyi perkataan ini agak unik, dan mungkin ada yang tertanya-tanya – “Apakah sebenarnya maksud ‘Ketek’ ini?” Jangan risau, ia langsung tiada kaitan dengan ketiak atau perkara-perkara yang pelik. Jadi, mari kita rungkaikan makna sebenar di sebalik istilah “Ketek” yang kerap disebut oleh Abang Jo ini!

Ungkapan “ketek ajak” juga digemari rakyat Sarawak

Seperti yang dijelaskan sendiri oleh Premier Abang Jo, ungkapan “Ketek Ajak” berakar umbi daripada perkataan “Ketik”, yang merujuk kepada aksi menaip atau menekan pada peranti digital. Perkataan “Ajak” dalam dialek Melayu Sarawak bermaksud “sahaja” atau “hanya”. Jadi, “Ketek Ajak” membawa maksud “Hanya Tekan/Taip Sahaja”.

Frasa ini dipopularkan oleh Abang Jo untuk menyerlahkan bagaimana digitalisasi menjadikan pelbagai urusan lebih mudah dan pantas, seolah-olah semuanya boleh diselesaikan “di hujung jari”.

Selain “Ketek Ajak”, Abang Jo juga dikenali kerana mempopularkan istilah “Sik Berasa” (Tidak Terasa).

Baca juga cerita menarik di bawah:

Abang Johari Akui Frasa ‘Ketek Ajak’, Viral Di Tiktok
DJ Ini Tampil Kreatif Hasilkan Remix Terma ‘Sik Berasa’ Dan ‘Ketek Ajak’ Abang Jo

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Surirumah Di Sibu Rugi Lebih RM100K Akibat Tertipu Iklan Jualan Kereta Hilux Dalam Talian
Next Article Ini Sebab Kenapa Jambatan Hubungkan Melaka Dengan Sumatera Terpaksa Dihentikan Ini Sebab Kenapa Jambatan Hubungkan Melaka Dengan Sumatera Terpaksa Dihentikan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?