• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malam Kebudayaan Melayu Sarawak Beri Peluang Influencer Luar Rasai Budaya Tradisional

Oleh
Nazihah AN
19 November 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Malam Kebudayaan Melayu Sarawak Beri Peluang Influencer Luar Rasai Budaya Tradisional

AirAsia, STB Anjur Malam Kebudayaan Melayu Sarawak Di Dewan Bankuet Sri Rampai

Malam Kebudayaan Melayu Sarawak Beri Peluang Influencer Luar Rasai Budaya Tradisional. Seramai lapan pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial dari Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Riau, Indonesia yang berada di Kuching untuk lawatan suai kenal di bandaraya ini, semalam disajikan dengan pengalaman unik dan dapat merasai sendiri tradisi serta kebudayaan Melayu Sarawak menerusi Malam Kebudayaan Melayu Sarawak bertempat di Dewan Sri Bunga Rampai di sini.

Mereka yang berkampung di Kuching selama empat hari, tiga malam bermula Jumaat lepas untuk lawatan suai kenal anjuran Sarawak Tourism Board (STB) dan AirAsia, turut disertai kira-kira 10 pempengaruh media sosial tempatan dari Sarawak serta kakitangan STB dan AirAsia dalam acara tersebut.

Malam Kebudayaan Melayu Sarawak Beri Peluang Influencer Luar Rasai Budaya Tradisional

Acara Malam Kebudayaan Melayu Sarawak yang julung kali diadakan hasil kerjasama AirAsia dan STB

Selain disajikan jamuan istimewa ‘Nasi Pengilan’ yang terdiri daripada nasi minyak dan lauk-pauk khusus untuk kenduri kahwin di Sarawak yang disediakan khas oleh Dewan Sri Bunga Rampai, para tetamu istimewa itu juga turut menyertai acara makan Nasi Temuan secara olok-olok.

Dewan Sri Bunga Rampai dipilih sebagai lokasi majlis kerana kepakaran serta pengalaman pemiliknya iaitu Din Catering dalam menyediakan sajian khas Nasi Pengilan serta pelbagai hidangan lain bagi majlis perkahwinan dan pelbagai acara di bandaraya Kuching dan sekitarnya. Dewan ini telah sekian lama menjadi pilihan ramai pasangan pengantin untuk mengabadikan kenangan di hari istimewa mereka.

Selain menjadi lokasi majlis perkahwinan dan acara jamuan, Dewan Sri Bunga Rampai juga menyediakan kafe yang menyediakan juadah Nasi Pengilan selain daripada menu-menu tempatan setiap hari. Kafe Sri Bunga Rampai dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Acara Malam Kebudayaan Melayu Sarawak yang julung kali diadakan hasil kerjasama AirAsia dan STB, menjadi lebih lengkap dan meriah dengan persembahan bergendang dan bermukun yang dipersembahkan oleh Kumpulan Warisan Kampung Semariang.

Lawatan suai kenal bagi para pempengaruh dan pengamal media seumpama ini merupakan antara aktiviti kerjasama STB dan AirAsia dengan tujuan mempromosikan Kuching dan Sarawak amnya sebagai destinasi pelancongan pilihan serantau.

Bagi Amirah Husain, pengendali akaun TikTok @amirahferdi, lawatan ke Kuching kali ini, walaupun bukan kali pertama bagi beliau, merupakan sesuatu yang amat menarik dan bermakna kerana ia menonjolkan pelbagai aspek dan tarikan pelancongan yang masih kurang diketahui umum. Menurutnya, Sarawak sememangnya sangat unik dan beliau pasti akan datang berkunjung lagi.

(L-R) Mohd Hanis, Rahul, Allif Imran, Rakhmadian Siraj
Acara makan Nasi Temuan (secara olok-olok)

TikTokker yang merupakan rakan sekampung dari Daik Lingga, Kepulauan Riau iaitu Rahul Priambudi (@rahulprmbd) dan Rakhmadiana Siraj (@sirajakapoor) pula menganggap lawatan ini sangat istimewa kerana ia pertama kali mereka menjejakkan kaki di Pulau Borneo. Pernah berkunjung ke Semenanjung dan membuat kolaborasi dengan pencipta kandungan di sana, mereka cukup terpesona dengan keindahan dan daya tarikan serta pelbagai tarikan pelancongan sekitar bandaraya Kuching. Bagi mereka, keramahan serta sambutan mesra yang diterima selama berada di Sarawak sangat meninggalkan kesan.

Amirah Husain
Rahul (kiri), Rakhmadian Siraj (kanan)

Turut menyertai lawatan kali ini ialah TikTokker Allif Imran (@aliffimran) dan Hans Hanis (@hanshanis), Tunku Alifah Ilyana Tunku Yazid dari majalah Gaya Travel (www.gayatravel.com.my) dan Nur Izzati Haron Narashid dari portal pengembaraan HalalZilla (www.halalzilla.com).

Selain laman Sarawak Edition yang membuat siaran langsung acara itu melalui Facebook, majlis turut disertai portal ILoveBorneo (www.https://www.iloveborneo.my) serta TikTokker tempatan seperti Farah Diyana Samsuddin dan Noorasikin Mohamed (@halujii.sarawak), Yanty Mohamad (@kak_y4n), Ismail Roslan (@ismail.bin.roslan), Aidil Adha (@thekayanganhunter), Ariqa Adilda (@ariqaadilda) dan Hasfazilawaty Hasbi (@waterlily369).

Program lawatan dikendalikan oleh Norlin Mohd Salleh bersama Safar Al Ghazali Travel & Tours.

Baca juga artikel menarik di bawah:

AirAsia Dapat Hak Trafik Udara Untuk Tambah Laluan Baharu Dari Sabah Dan Sarawak
AirAsia Lancar Penerbangan Baharu Kuching Dan KK Ke Subang Serendah RM88
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengambilalihan MASWings Akan Dimuktamadkan Disember Ini
Next Article Remaja Perempuan 16 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Jalan Batu Kawa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?