• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malaysia Airlines Teruskan Penerbangan Ke Sabah Dan Sarawak, Hanya 1 Penerbangan Seminggu

Oleh
ILB - AI
14 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia

Malaysia Airlines Teruskan Penerbangan Ke Sabah Dan Sarawak, Hanya 1 Penerbangan Seminggu. Selepas semalam kita difahamkan mengenai keputusan syarikat syarikat penerbangan untuk membatalkan penerbangan ke Sarawak, hari ini difahamkan pula Malaysia Airlines Berhad bersetuju untuk meneruskan operasi mereka dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ketiga kali ini.

Isi Isi Penting
  • Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia
  • 1 Penerbangan Seminggu
  • Malaysia Airlines Jamin Perkhidmatan Kargo Tidak Terjejas
  • Semalam, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak menyatakan kesemua syarikat penerbangan membatalkan penerbangan mereka ke Sarawak sehingga 30 April 2020 :
  • Industri penerbangan kini terjejas teruk kerana COVID19 :
Malaysia Airlines Teruskan Penerbangan Ke Sabah Dan Sarawak, Hanya 1 Penerbangan Seminggu
Malaysia Airlines Teruskan Penerbangan Ke Sabah Dan Sarawak, Hanya 1 Penerbangan Seminggu

1 Penerbangan Seminggu

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pihak pengurusan tertinggi Malaysia Airlines memberi jaminan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan sekali seminggu dari Kuala Lumpur ke 3 bandar utama di Sabah dan Sarawak iaitu Kuching, Miri dan juga Kota Kinabalu.

Bagi mereka yang ingin ke bandar lain pula, mereka boleh menggunakan MASWINGS selepas dengan perjalanan seperti berikut :

– Miri-Bintulu-Miri
– Kuching – Sibu – Kuching
– Sibu – Bintulu – Sibu

Malaysia Airlines Jamin Perkhidmatan Kargo Tidak Terjejas

Pihak Malaysia Airlines juga memberi jaminan bahawa perkhidmatan kargo mereka yang membawa barang keperluan seperti makanan dan keperluan perubatan ke Sarawak tidak akan terjejas sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Perkhidmatan kargo Malaysia Airlines akan terus beroperasi 3 kali seminggu dari

Kuala Lumpur – Kuching
Kuala Lumpur – Kota Kinabalu
Kuala Lumpur – Labuan

Perkhidmatan MasWings di Sabah dan Sarawak juga akan diteruskan seperti biasa. Difahamkan juga, Malaysia Airlines akan menambah kekerapan penerbangan sekiranya terdapat permintaan lebih.

Sementara itu, Air Asia pula sememangnya sudah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk pembatalan kesemua penerbangan ‘AK’ mereka dari 28 Mac sehingga 28 April 2020.

Semalam, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak menyatakan kesemua syarikat penerbangan membatalkan penerbangan mereka ke Sarawak sehingga 30 April 2020 :

Industri penerbangan kini terjejas teruk kerana COVID19 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemuda Sabah Yang Bunuh Diri Disahkan Positif COVID-19 Pemuda Bunuh Diri Di Pulau Gaya Sabah Disahkan Positif COVID-19
Next Article Tiada ATM di Pakan, Penduduk Beratur Panjang Di Balai Polis Dapatkan Permit Untuk Cucuk Duit Di Sarikei Tiada ATM di Pakan, Penduduk Beratur Panjang Di Balai Polis Dapatkan Permit Untuk Cucuk Duit Di Sarikei

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?