• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemuda Bunuh Diri Di Pulau Gaya Sabah Disahkan Positif COVID-19

Oleh
ILB - AI
14 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Pemuda Sabah Yang Bunuh Diri Disahkan Positif COVID-19

Berlaku di Kampung Pondo, Pulau Gaya, Sabah

Pemuda Bunuh Diri Di Pulau Gaya Sabah Disahkan Positif COVID-19. Beberapa hari lepas, sebuah mayat ditemui tergantung dari pokok di Kampung Pondo, Pulau Gaya, disahkan positif COVID-19. Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat terbabit telah diarah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pemuda Bunuh Diri Di Pulau Gaya Sabah Disahkan Positif COVID-19
Pemuda Bunuh Diri Di Pulau Gaya Sabah Disahkan Positif COVID-19

Tidak menyedari mayat tersebut positif COVID-19

Dilaporkan 12 anggota polis yang mengendalikan jenazah mangsa terbabit telah diarah untuk menjalankan kuarantin di rumah selepas mendapati mangsa dijangkiti Covid-19. Mangsa yang berumur 26 tahun itu ditemui tergantung di sepohon pokok dan tidak mempunyai dokumentasi peribadi/identiti.

Anggota polis hanya diberitahu beberapa hari kemudian bahawa mangsa telah disahkan positif selepas mayat mangsa disaring untuk virus oleh pihak berkuasa kesihatan semasa bedah siasat rutin untuk menentukan punca kematian. Didedahkan juga pihak berkuasa hospital sudah menguburkan mangsa setelah tidak dituntut oleh mana-mana pihak keluarga.

ACP Habibi berkata mangsa dipercayai membunuh diri atas sebab peribadi dan kemungkinan tidak mengetahui bahawa dia telah menghidap virus tersebut.

Kepada mereka yang mengalami masalah peribadi, anda boleh hubungi perkhidmatan Befrienders yang terdekat. Untuk senarai penuh nombor dan waktu operasi, sila layari befrienders.org.my/centre-in-malaysia.

Jom Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelancong Asing Dipaksa Tulis 'Sorry' 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung Pelancong Asing Dipaksa Tulis ‘Sorry’ 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung
Next Article Malaysia Airlines Teruskan Penerbangan Ke Sabah Dan Sarawak, Hanya 1 Penerbangan Seminggu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?