fbpx
Cerita Borneo

Krisis COVID-19 : Industri Penerbangan Dunia Berdepan Rugi Setinggi RM470 Billion

Perkara itu adalah menurut oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa

Syarikat penerbangan global akan kehilangan jualan setinggi RM470bilion jika coronavirus terus menyebar, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Kerugian akan sama dengan yang dialami oleh industri penerbangan semasa krisis kewangan global pada 2008, IATA memberi amaran kerana ia secara mendadak meningkatkan anggaran kerosakan yang disebabkan oleh wabak itu. IATA juga berkata syarikat penerbangan boleh kehilangan 19% hasil jualan perniagaan mereka jika virus itu tidak dibendung.

Krisis COVID-19 : Industri Penerbangan Dunia Berdepan Rugi Setinggi RM470 Billion
Krisis COVID-19 : Industri Penerbangan Dunia Berdepan Rugi Setinggi RM470 Billion

Hanya dua minggu yang lalu, IATA telah menjangkakan jualan yang hilang dalam lingkungan RM 120 bilion. Syarikat penerbangan di Eropah dan Asia, dijangkakan mengalami kerugian paling teruk. Syarikat penerbangan di Asia Pasifik dijangkakan boleh mengalami kerugian setinggi RM200 billion. Baru baru ini juga, syarikat penerbangan Flybe telah disyitiharkan bankrap di United Kingdom.

Syarikat Penerbangan Kecil Di Asia Berada Dalam Tekanan

Penganalisis juga berkata, Flybe mungkin bukan ‘mangsa’ terakhir. Menurut Josef Pospisil, Pengarah Urusan di Fitch Ratings berkata syarikat penerbangan besar mungkin mempunyai kewangan yang cukup untuk mengatasi masalah kekurangan pemintaan kerana coronavirus, namun begitu syarikat penerbangan kecil terutamanya di Asia lebih terdedah kepada risiko ini.

Syarikat penerbangan lemah yang tidak mampu untuk mendapatkan dana dari pelabur atau kerajaan mungkin menghadapi nasib yang sama seperti Flybe, atau mungkin perlu diambil alih terumatanya di Eropah di mana penyatuan industri sedang dilakukan. Saham syarikat penerbangan di serata dunia juga sedang menurun. Saham syarikat penerbangan tempatan, AirAsia sebagai contoh turut turun sebanyak lebih 30% setakat tahun ini.

Krisis COVID-19 : Industri Penerbangan Dunia Berdepan Rugi Setinggi RM470 Billion

Menurut Josef Pospisil juga, masih terlalu awal untuk mengetahui bagaimana syarikat penerbangan tertentu akan terjejas. Setakat ini, syarikat penerbangan yang mempunyai laluan penerbangan ke negara yang paling teruk dilanda COVID-19 merupakan syarikat penerbangan yang paling terjejas teruk.

Artikel Berkaitan

Back to top button