I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Malaysia Belum Bersedia Untuk Endemik, Keputusan Pemakaian Pelitup Muka Diumum Rabu Ini
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Malaysia Belum Bersedia Untuk Endemik, Keputusan Pemakaian Pelitup Muka Diumum Rabu Ini

Oleh Nur Afifah 5 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Akta 342 masih berkuatkuasa sehingga akhir Disember 2022.

Malaysia Belum Bersedia Untuk Endemik, Keputusan Pemakaian Pelitup Muka Diumum Rabu Ini. Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Malaysia masih belum bersedia untuk beralih ke fasa endemik COVID-19 meskipun banyak perkara terutamanya rutin seharian sudah dilonggarkan.

COVID-19 kini masih berada dalam kategori kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan keputusan itu kekal sehingga ke hari ini.

Malaysia Belum Bersedia Untuk Endemik, Keputusan Pemakaian Pelitup Muka Diumum Rabu Ini
Malaysia Belum Bersedia Untuk Endemik, Keputusan Pemakaian Pelitup Muka Diumum Rabu Ini. Sumber: BERNAMA

Beliau menambah, banyak faktor yang perlu diberi perhatian dan diteliti sebelum keputusan memasuki fasa endemik diputuskan.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) juga masih dikuatkuasakan sehingga hujung tahun ini. Beliau juga akan membuat penilaian sama ada untuk memendekkan atau memanjangkan penguatkuasaan akta terbabit.

Keputusan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup akan diumumkan Rabu ini

Dalam pada masa yang sama, keputusan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup akan diumumkan pada Rabu ini. Mesyuarat jawatankuasa kesihatan awam juga sudah diadakan minggu lalu untuk memperhalusi semula kelonggaran pemakaian pelitup muka di tempat tertutup. Jelasnya, beliau sudah menerima cadangan daripada pakar kesihatan awam dan kini sedang mengumpul maklum balas orang ramai.

Malaysia Belum Bersedia Untuk Endemik, Keputusan Pemakaian Pelitup Muka Diumum Rabu Ini
Gambar hiasan.

Kenyataan ini dibuat semasa sidang media Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di Dataran Projek Perumahan Rakyat Seri Alam 2, semalam.

Anda rasa wajar atau tidak pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dilonggarkan? Jika tidak, mengapa? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Penggunaan perkataan endemik bukan hanya terhad dalam bidang kesihatan, tetapi juga dalam kajian saintifik seperti ini:

Promosi pun banyak kat Sarawak sekarang ni untuk anda:

SUMBER : Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Langgar Lampu Merah, Proton Saga Rempuh Motosikal Sempat Dirakam Netizen Di Batu 7 Langgar Lampu Merah, Proton Saga Rempuh Motosikal Sempat Dirakam Netizen Di Batu 7
Next Article Canai Anjang, Spot Breakfast Popular Di Kawasan Satok Port Sarapan Popular Di Satok, Jom Cuba Roti Canai Tsunami Di Canai Anjang

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?