I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Malaysia Memasuki Fasa Peralihan Endemik Bermula 1 April Depan, Sempadan Negara Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Malaysia Memasuki Fasa Peralihan Endemik Bermula 1 April Depan, Sempadan Negara Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 08/03/22 6:14 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Pengembara dari luar dan dalam negara tidak lagi perlu mohon MyTravelPass.

Malaysia Memasuki Fasa Peralihan Endemik Bermula 1 April Depan, Sempadan Negara Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakub sebentar tadi mengumumkan bahawa Malaysia bakal memasuki fasa endemik bermula 1 April depan. Fasa peralihan endemik ini merupakan exit strategy untuk negara kembali kepada norma hidup yang biasa.

Pemakaian pelitup muka di tempat awam serta penggunaan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan manakala had masa operasi premis dimansuhkan. Mengambil contoh, rakyat dibenarkan untuk makan di restoran selepas jam 12 malam.

Penjarakan saf solat kini dihapuskan

Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid/surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai. Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh.Tiada lagi had kapasiti 50%. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.

Malaysia Memasuki Fasa Peralihan Endemik Bermula 1 April Depan, Sempadan Negara Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin

Rakyat kini bebas keluar masuk negara, tak perlu mohon MyTravelPass dan jalani kuarantin jika lengkap dos vaksinasi

Bagi meransang semula industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa sempadan negara akan dibuka semula kepada pengembara dari luar tanpa perlu menjalani proses kuarantin sekiranya mereka telah menerima dos vaksinasi lengkap.

Malah, pengembara dari luar dan dalam negara juga tidak perlu memohon MyTravelPass memandangkan pas tersebut akan dimansuhkan sebaik sahaja sempadan negara dibuka semula kelak.

Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar. Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan. Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.

Malaysia Memasuki Fasa Peralihan Endemik Bermula 1 April Depan, Sempadan Negara Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin
Kredit foto: Reuters

Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Bagi negara yang masih menutup pintu sempadannya, rakyat masih boleh memanfaatkan kaedah Vaccinated Travel Lane (VTL) yang telah dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan
negara-negara yang terbabit. Buat masa ini VTL telah dimanfaatkan dengan Singapura sejak tahun lalu manakala VTL untuk pergerakan keluar masuk antara Malaysia-Thailand, Malaysia-Brunei dan Malaysia-Indonesia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Baca juga :

Nur Afifah 8 Mac 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bunga Rafflesia Mekar Sehingga Jumaat Ini Di Taman Negara Gunung Gading, Juh Nangga!
Next Article Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Harga RM 60! Restoran Di Sarikei Ini Didenda RM 300

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Malaysia

Kenali Andrew Loh, Anak Malaysia Yang Bangga Hadiri Konvo Harvard Dan Stanford Guna Baju Melayu

26 Jun 2022
Subsidi Minyak Masak Tulen Dimansuhkan, Mulai Berkuatkuasa Pada 1 Julai Ini
Berita Malaysia

Mulai Berkuatkuasa Pada 1 Julai Ini, Subsidi Minyak Masak Tulen Dimansuhkan

22 Jun 2022
Berita Malaysia

Tergamak Beri Dadah Meth Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Kini Kritikal

21 Jun 2022
Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa 'Ibnu Ahmad Ar-Rayyan'
Berita Malaysia

Kutuk Allahyarhamah Adibah Noor Tak Bertudung, Netizen Siasat Siapa ‘Ibnu Ahmad Ar-Rayyan’

20 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?