• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Bunga Rafflesia Mekar Sehingga Jumaat Ini Di Taman Negara Gunung Gading, Juh Nangga!

Oleh
Ismail NA
8 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Jom lihat sebelum layu!

Bunga Rafflesia Mekar Sehingga Jumaat Ini Di Taman Negara Gunung Gading, Juh Nangga! Bunga Rafflesia merupakan bunga yang mekar sekali dalam tempoh 9 bulan. Port menyaksikan bunga Rafflesia di Kuching iaitu Taman Negara Gunung Gading, Lundu kini memaklumkan bahawa bunga terbesar di dunia itu kini telah mekar untuk tahun 2022!

Menerusi Facebook rasmi Taman Negara Gunung Gading, Bunga Rafflesia tuan-mudae dimaklumkan telah mekar di taman negara tersebut bermula semalam iaitu 7 Mac 2021 sehingga 11 Mac 2021 (Jumaat). Bunga pakma ini berukuran diameter 56 cm dan memiliki 5 kelopak bunga.

Bunga Rafflesia Mekar Sehingga Jumaat Ini Di Taman Negara Gunung Gading, Juh Nangga!
Bunga Rafflesia Mekar Sehingga Jumaat Ini Di Taman Negara Gunung Gading, Juh Nangga!

Bagi pengunjung yang ingin melihat kecantikan bunga pakma ini, anda perlu berjalan kaki selama 10 minit, iaitu kira 250 meter dari pejabat utama Taman Negara Gunung Gading Lundu dan wajib ditemani oleh pemandu taman. Anda juga disarankan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang menikmati pemandangan di taman negara ini.

Tempahan pemandu taman boleh dibuat menerusi panggilan telefon di talian 082-735 144.

📢📢 Rafflesia Blooming Update 📢📢Good Day Everyone!!Rafflesia blooming again at our Gunung Gading National Park.Date…

Posted by Sarawak Forestry Corporation on Sunday, March 6, 2022

Pihak SFC juga sempat memuat naik beberap keping gambar Rafllesia yang sedang mekar merah di Taman Negara Gunung Gading. Kacak bis!

Bunga Rafflesia Mekar Sehingga Jumaat Ini Di Taman Negara Gunung Gading, Juh Nangga!
Kredit foto: FB SFC
Bunga Rafflesia Mekar Sehingga Jumaat Ini Di Taman Negara Gunung Gading, Juh Nangga!
Kredit foto: FB SFC
Bunga Rafflesia Mekar Sehingga Jumaat Ini Di Taman Negara Gunung Gading, Juh Nangga!
Kredit foto: FB SFC

Asal-usul nama bunga Rafflesia tuan-mudae

Di Sarawak, kebanyakan spesis yang dijumpai adalah daripada spesis Rafflesia tuan-mudae. Tapi kenapa bunyinya seperti bahasa Melayu, tuan muda? Untuk pengetahuan anda, tuan muda merupakan gelaran untuk Rajah Sarawak Kedua iaitu Charles Brooke. Jadi, nama Rafflesia tuan-mudae ini adalah bersempena dengan gelaran tersebut.

Rafflesia tuan-mudae ini juga merupakan spesis endemik di Barat Sarawak (Lundu) sehinggalah ke bahagian Tengah Sarawak iaitu di kawasan Belaga. Endemik bermaksud spesis unik yang hanya terdapat di sesebuah kawasan. Taman Negara Gunung Gading di Lundu, Kuching merupakan destinasi tumpuan untuk melihat spesis ini berbunga. Bunga Rafflesia tuan-mudae ini mempunyai lima atau enam kelopak, berwarna oren cerah dengan corak bintik-bintik yang timbul pada kelopaknya.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang flora dan fauna yang ada di Sarawak, anda juga boleh mengikuti laman media sosial rasmi Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) seperti berikut;

Youtube
TikTok
Facebook

Baca juga fakta-fakta tentang bunga Rafflesia ini menerusi artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Jaga Jarak, Lori Rempuh Ambulans Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Jalan Asajaya - Sadong Jaya Tidak Jaga Jarak, Lori Rempuh Ambulans Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Jalan Asajaya – Sadong Jaya
Next Article Malaysia Memasuki Fasa Peralihan Endemik Bermula 1 April Depan, Sempadan Negara Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?