• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Harga RM 60! Restoran Di Sarikei Ini Didenda RM 300

Oleh
Husna Hazmi
9 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kayangan betullah mi sup ni!

Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Harga RM 60! Restoran Di Sarikei Ini Didenda RM 300.Baru-baru ini, tular mengenai sebuah restoran di Sarikei yang telah mengenakan caj melampau terhadap semangkuk mi sup ikan patin.

Isi Isi Penting
  • Kayangan betullah mi sup ni!
  • Mendapat perhatian daripada KPDNHEP
  • Gagal mempamerkan tanda harga jelas
  • Pengguna dan pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan
Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Harga RM 60! Restoran Di Sarikei Ini Didenda RM 300
Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Harga RM 60! Restoran Di Sarikei Ini Didenda RM 300. Kredit gambar: Kelly Siew

Mendapat perhatian daripada KPDNHEP

Berdasarkan perkongsian di media sosial daripada seorang pelanggan pada 25 Februari lalu, dia telah berkongsi pengalamannya dicaj harga kayangan iaitu RM 60 untuk semangkuk mi sup ikan patin!

Isu ini kemudiannya telah mendapat perhatian daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sarikei.

Menurut Ketua KPDNHEP Sarikei Mohamad Zawawi, berdasarkan maklumat, pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sarikei telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kedai makanan di sini untuk menjalankan siasatan ke atas isu tersebut.

Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Harga RM 60! Restoran Di Sarikei Ini Didenda RM 300
Kredit gambar: Utusan Borneo

Gagal mempamerkan tanda harga jelas

Setelah disiasat dengan lebih mendalam lagi, premis kedai makan tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 iaitu gagal mempamerkan tanda harga jelas ke atas barangan atau menu makanan yang dipamerkan untuk jualan di premis.

“Siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.” 

“Berikutan itu, pemilik premis terbabit dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM300 atas kesalahan itu,” jelas beliau dalam kenyataan kepada media.

Mohamad mengingatkan peniaga agar menjalankan perniagaan dengan jujur serta meletakkan tanda harga jelas ke atas barangan atau perkhidmatan yang dipamerkan untuk jualan bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.

今天到泗里街一间咖啡店 Order了一碗鱼米粉结果还钱时RM 60 😱😱😱😱 老板说他的patin Rm 190 / kg我。。。 🤐好吧。。是因为我自己没问价钱。。。

Posted by Kelly Siew on Thursday, February 24, 2022

Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Harga RM 60! Restoran Di Sarikei Ini Didenda RM 300
redit gambar: Kelly Siew

Pengguna dan pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan

Walaubagaimanapun, pengguna dan pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelak perkara seperti ini berlaku.

“Sebarang pelanggaran di bawah peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti berikut:

“Individu yang didapati bersalah boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” tambah beliau lagi.

Jika didapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang di bawah KPDNHEP, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui portal [email protected], atau membuat panggilan ke Call Centre 1800-886-800, e-mel kepada [email protected], Aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) Sarikei 084-657751, talian 03-80008000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), WhatsApp ke 019-2794317 dan membuat laporan terus atau hadir ke pejabat KPDNHEP Sarikei.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Memasuki Fasa Peralihan Endemik Bermula 1 April Depan, Sempadan Negara Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin
Next Article "Kenapa Orang Sarawak Kalau Berbual Mesti Nak Mencarut Eh?", Tony Eusoff Terima DM Ini Bikin Dekah ‘Kenapa Orang Sarawak Kalau Berbual Mesti Nak Mencarut Eh?’, Tony Eusoff Terima DM Ini Bikin Dekah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?