• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malaysia Dalam Top 10 Harga Petrol Termurah Dunia 2024

Oleh
Nazihah AN
3 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Malaysia Dalam Top 10 Harga Petrol Termurah Dunia 2024

Harga Petrol Malaysia Antara Termurah Dunia

Malaysia Dalam Top 10 Harga Petrol Termurah Dunia 2024. Tahukah anda, Malaysia kini berada di tangga ke-9 dalam senarai World’s Cheapest Gasoline (Petrol) Prices 2024? Dengan harga hanya USD 0.448 seliter (sekitar RM2.12), kita masih menikmati salah satu harga petrol paling murah di dunia. Statistik ini dikeluarkan oleh Global Petrol Prices dan terkini setakat 4 November 2024.

Harga petrol yang rendah di Malaysia adalah hasil daripada subsidi kerajaan yang konsisten selama bertahun-tahun. Subsidi ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah menjadi salah satu sebab utama kos hidup di Malaysia masih terkawal berbanding banyak negara lain.

Malaysia Dalam Top 10 Harga Petrol Termurah Dunia 2024

Rakyat Malaysia Nikmati Petrol Antara Termurah di Dunia

Sebagai negara yang kaya dengan sumber minyak, Malaysia mempunyai kelebihan untuk mengawal harga bahan api tempatan. Walaupun harga minyak mentah di pasaran antarabangsa sering naik turun, subsidi ini memastikan kita tidak terlalu terbeban.

Menariknya, Iran berada di tempat pertama dengan harga petrol hanya USD 0.029 seliter, diikuti Libya (USD 0.031) dan Venezuela (USD 0.035). Perbezaan harga yang ketara ini kebanyakannya disebabkan oleh dasar kerajaan mereka yang memberikan subsidi penuh kepada rakyat.

Namun, berbanding negara-negara ini, Malaysia mempunyai kelebihan lain – kestabilan ekonomi dan pelbagai sumber pendapatan lain seperti sektor perkilangan dan pelancongan.

Negara ASEAN: Bagaimana Kedudukan Kita?

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia jelas berada jauh di hadapan. Contohnya:

  • Indonesia: USD 0.779 (RM3.69)
  • Vietnam: USD 0.828 (RM3.92)
  • Thailand: Tidak tersenarai dalam 25 termurah.

Kedudukan ini memberi gambaran bahawa Malaysia masih menjadi pilihan utama untuk rakyat menikmati kehidupan yang lebih mampu milik, sekurang-kurangnya dari segi kos bahan api.

Namun buat masa ini, rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega kerana kita masih di tangga ke-9 termurah di dunia, sesuatu yang jarang-jarang dikecapi di rantau ini.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Ini Senarai Hotel Sarawak Yang Mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia
Lebih 2000 Jawatan Guru Masih Kosong Di Sarawak, Ini Tindakan KPM

SUMBER :IG RankingRoyals
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tampar Adik Perempuan, Lelaki Penganggur Didenda RM3000 Di Miri
Next Article Acara Antarabangsa Jadi Tarikan Utama, Sarawak Rancang Konsert Lebih Banyak Tahun Depan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?