• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
16 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak di Sarawak

Lebih daripada setengah rizab petroleum diperoleh di Sarawak

Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak Di Sarawak. Malaysia mempunyai cadangan minyak dan gas yang besar dengan jumlah 6.9 bilion tong setara minyak (boe) pada tahun 2022. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4.2 bilion tong terdapat di Sarawak manakala 1.3 bilion tong di Sabah.

Secara amnya, jumlah ini dianggap rizab 2P yang bermakna lebih daripada 50% daripada jumlah tersebut dianggap dapat dihasilkan secara teknikal dan ekonomi.

Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak di Sarawak
Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak Di Sarawak

Rizab petroleum boleh bertahan selama 15 tahun

Mengikut pengiraan indeks hayat rizab, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengatakan bahawa rizab petroleum Malaysia boleh bertahan selama 15 tahun.

Namun, ia boleh ditingkatkan lagi kepada 40 tahun dengan melakukan pelaburan modal yang tinggi, menggunakan teknologi baru, serta menyediakan suasana pelaburan yang stabil dan kompetitif, tambah beliau dalam satu kenyataan di parlimen pada 14 Februari 2023.

Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak Di Sarawak

Sarawak mempunyai 60.87% daripada jumlah rizab minyak dan gas Malaysia

Berdasarkan rekod Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Sarawak mempunyai 60.87% daripada jumlah rizab minyak dan gas Malaysia, manakala Sabah mempunyai 18.84%. Sementara itu, sebanyak 20.29% daripada jumlah rizab terdapat di perairan Semenanjung Malaysia.

Petronas sentiasa berusaha untuk menarik lebih ramai pelabur dalam sektor hulu dan hilir minyak dan gas di Malaysia. Usaha ini penting untuk memastikan keberterusan pelaburan modal yang tinggi bagi mendorong pertumbuhan sektor ini di negara kita.

Rizab Petroleum Bernilai 6.9 Bilion Tong, Hampir 61 Peratus Terletak Di Sarawak

Lagi artikel semasa anda boleh baca di bawah:

Tular Ramalan Berlaku Gempa Bumi Di Sabah Sarawak Di Tiktok, Met Malaysia Tepis Dakwaan Netizen
Pertama Kali Ke Bumi Kenyalang, Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Bakal Dilawati Presiden Jerman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Ramalan Berlaku Gempa Bumi Di Sabah Sarawak Di Tiktok, Met Malaysia Tepis Dakwaan Netizen Tular Ramalan Berlaku Gempa Bumi Di Sabah Sarawak Di Tiktok, Met Malaysia Tepis Dakwaan Netizen
Next Article Sinematografi Mengagumkan, Video Yoo Seung Ho Makan Mi Kolok Di Kuching Ini Bagai Tonton K-drama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?