• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tampar Adik Perempuan, Lelaki Penganggur Didenda RM3000 Di Miri

Oleh
Farisha
3 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Menyesal tak sudah, tampar adik dan kes dadah bawa padah

Tampar Adik Perempuan, Lelaki Penganggur Didenda RM3000 Di Miri. Seorang lelaki penganggur dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu dan denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal bayar kerana menampar adik perempuannya.

Menurut laporan media tempatan, Magistrate Sandy Yvette Freddy menjatuhkan hukuman ke atas Tom John, 39, dari Long Jegan, Tinjar, Baram selepas dia mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A.

Tampar Adik Perempuan, Lelaki Penganggur Didenda RM3000 Di Miri
Tampar Adik Perempuan, Lelaki Penganggur Didenda RM3000 Di Miri. Gambar sekadar hiasan

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali. Manakala Seksyen 326A pula menetapkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.

Apa yang berlaku?

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Lambir 1, Taman Jelita sekitar jam 10 malam pada 29 September lalu. Tom dikatakan menampar pipi kanan adik perempuannya yang berusia 20 tahun.

Semasa rayuan, Tom memohon hukuman diringankan kerana menyesal dengan perbuatannya dan telah berbaik semula dengan adiknya.

Bukan sekali, tapi dua kesalahan

Dalam kes berasingan, Tom juga dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal bayar serta diperintah berada di bawah pengawasan selama dua tahun kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Dia didapati positif amphetamine dan methamphetamine selepas menjalani ujian air kencing di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Miri pada 22 Januari 2016.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala Tom hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam.

Baca juga artikel pernah kami terbitkan mengenai penyalahgunaan dadah:

Diuji Positif Dadah, Pasangan Terlibat Dalam Pembunuhan Kanak-Kanak Perempuan Di Bau Ditahan 7 Hari
Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Hotel Sarawak Yang Mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia Ini Senarai Hotel Sarawak Yang Mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia
Next Article Malaysia Dalam Top 10 Harga Petrol Termurah Dunia 2024 Malaysia Dalam Top 10 Harga Petrol Termurah Dunia 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?