• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini

Oleh
Husna Hazmi
16 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ndlovu mengaku atas kesalahan membunuh kanak-kanak jalanan sebelum memakan daging mangsa.

Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini. Gempar satu dunia, dilapokan baru-baru ini seorang pembunuh bersiri di Zimbabwe mengaku telah membunuh kanak-kanak jalanan dengan memukul kepala mereka menggunakan batu sebelum makan daging mangsa. 

Menurut laporan dari Akhbar Daily Star, suspek bernama Thandolwenkosi Ndlovu yang hanya berusia 20 tahun telah diberkas pihak berkuasa pada 4 September lalu dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lapan kes pembunuhan di Harare, Zimbabwe.

Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini
Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini. Kredit foto: Kosmo

Berdepan lima pertuduhan membunuh

Ndlovu kini berdepan lima pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh di mahkamah majistret Harare.

Munurut fakta kes, suspek didakwa menyasarkan kanak-kanak gelandangan ketika mereka sedang tidur antara 28 Ogos hingga 4 September lalu.

Setelah membunuh mangsa, suspek didakwa tergamak menghancurkan tengkorak kanak-kanak gelandangan ini menggunakan batu. Suspek juga dikatakan telah memotong anggota badan mangsa dengan kaca sebelum mengeluarkan kemaluan dan usus mereka dan kemudiannya memasak serta memakan daging mangsa.

Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini

Jurucakap polis Zimbabwe, Asisten Komisioner Paul Nyathi mengesahkan bahawa Ndlovu dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lima kes pembunuhan di Harare.

Ndlovu juga disyaki terlibat dalam tiga pembunuhan lain di Bulawayo, kira-kira 450 kilometer dari Harare.

Media tempatan melaporkan bahawa pasukan penyiasat tidak menemui sebarang bukti setakat ini yang menunjukkan pembunuhan bersiri itu dilakukan untuk ilmu hitam. Siasatan kes ini masih lagi diteruskan. 

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sanggup Bunuh Wanita Untuk Ilmu Hitam, Ini Kisah Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Indonesia
Kejam! Mayat Ditemui Di Kebun, Rupanya ‘Bomoh Ganda Duit’ Ini Dalang Di Sebalik 11 Pembunuhan
SUMBER : Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertengkaran Bertukar Tragedi, Peniaga Maut Gara-Gara Berang Ditegur Jual Cempedak Goreng Mahal
Next Article Pertama Kali Dalam Sejarah, Semua Barisan Menteri Termasuk PMX Berkumpul Di Sarawak Pertama Kali Dalam Sejarah, Semua Barisan Menteri Termasuk PMX Berkumpul Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?