• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pertengkaran Bertukar Tragedi, Peniaga Maut Gara-Gara Berang Ditegur Jual Cempedak Goreng Mahal

Oleh
Husna Hazmi
16 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek yang memukul mangsa dipercayai positif dadah jenis morfin.

Pertengkaran Bertukar Tragedi, Peniaga Maut Gara-Gara Berang Ditegur Jual Cempedak Goreng Mahal. Dilaporkan, akibat tak puas hati ditegur kerana menjual cempedak goreng pada harga yang mahal, seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan di gerai miliknya di Assam Kumbang, Taiping pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berikutan kejadian itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an bagi membantu siasatan.

Pertengkaran Bertukar Tragedi, Peniaga Maut Gara-Gara Berang Ditegur Jual Cempedak Goreng Mahal
Pertengkaran Bertukar Tragedi, Peniaga Maut Gara-Gara Berang Ditegur Jual Cempedak Goreng Mahal. Kredit gambar: Berita Harian

Mangsa menengking pelanggannya kerana menegur jualannya terlalu mahal

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung pergaduhan itu pada jam 4.15 petang.

Difahamkan bahawa kejadian berpunca daripada mangsa berusia 50-an yang merupakan peniaga cempedak dan pisang goreng menengking pelanggannya kerana menegur jualannya terlalu mahal.

Susulan tindakan mangsa, berlakunya pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkannya maut dipukul di lokasi kejadian.

Pihak polis telah merampas sebuah topi keledar dan tiga batang kayu yang telah patah.

Pertengkaran Bertukar Tragedi, Peniaga Maut Gara-Gara Berang Ditegur Jual Cempedak Goreng Mahal

Suspek positif dadah jenis morfin

Suspek pula didapati positif dadah jenis morfin dan ditahan reman hingga 19 September ini.

Dijelaskan lagi oleh Asisten Komisioner Razlam pada jam 9.45 Rabu lalu, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan.

Siasatan lanjut masih dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambah beliau.

Terdahulu, tular mengenai pergaduhan itu di aplikasi TikTok ‘Azam Aziz’ yang mengatakan mangsa maut selepas pergaduhan dengan pelanggan yang dikatakan membelek pisang gorengnya dengan tangan.

Bagaimanapun pihak polis menafikan perkara tersebut dan menyatakan pergaduhan dipercayai berpunca akibat mangsa memarahi pelanggan yang menegurnya kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Remaja Maut Dibelasah Di Kuching Gara-Gara Sebar Video Lucah, 12 Suspek Ditangkap
Gara-Gara Suka Mengejek Rakan, Lelaki Maut Dipukul Selepas Main Jutaria
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gemar Minum Teh Tarik, Individu Ini Kongsi Tabiat Pemakanan Sampai Kaki Terpaksa Dipotong
Next Article Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?