• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

MAS Dan Batik Air Catat Rekod Kurang Baik Untuk Pesawat Berlepas Tepat Masa

Oleh
Farisha
30 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Malaysia Airlines, Batik Air gagal memenuhi KPI ketepatan masa dari April hingga Jun 2024

MAS Dan Batik Air Catat Rekod Kurang Baik Untuk Pesawat Berlepas Tepat Masa. Laporan terbaru daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mendedahkan bahawa dua syarikat penerbangan utama negara, Malaysia Airlines dan Batik Air, gagal mencapai tahap ketepatan masa yang ditetapkan bagi tempoh April hingga Jun 2024.

Dalam Laporan Pengguna Dwi-Tahunan ke-16, Mavcom menyatakan kedua-dua syarikat penerbangan ini tidak memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) untuk ketepatan masa (OTP) bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

MAS Dan Batik Air Catat Rekod Kurang Baik Untuk Pesawat Berlepas Tepat Masa
MAS Dan Batik Air Catat Rekod Kurang Baik Untuk Pesawat Berlepas Tepat Masa

Menurut laporan media tempatan, piawaian yang ditetapkan ialah 85 peratus penerbangan perlu berlepas dalam lingkungan 15 minit dari masa yang dijadualkan.

Bagaimanapun, AirAsia berjaya capai sasaran OTP

Namun begitu, beberapa syarikat penerbangan lain menunjukkan prestasi yang lebih baik. AirAsia Bhd berjaya mencapai sasaran OTP untuk penerbangan domestik pada April dan Mei 2024. AirAsia X pula mencapai sasaran pada Mei dan Jun 2024, serta mengekalkan prestasi yang baik untuk penerbangan antarabangsa sepanjang tempoh tersebut.

Walaupun terdapat kekurangan dalam aspek ketepatan masa, semua syarikat penerbangan berjaya memenuhi standard berkaitan pembatalan penerbangan. Mereka mencapai kadar operasi 100 peratus untuk penerbangan berjadual dalam tempoh yang sama, memenuhi syarat untuk mengendalikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada penerbangan yang dijadualkan.

Hal ini boleh menjejaskan peluang syarikat penerbangan

Mavcom memberi amaran bahawa kegagalan memenuhi sasaran-sasaran ini boleh menjejaskan peluang syarikat penerbangan untuk memperbaharui atau memperoleh Hak Trafik Udara (ATR) tambahan.

Selain itu, laporan tersebut turut menyentuh tentang pelaksanaan rangka kerja Kualiti Perkhidmatan (QoS) di lapangan terbang. Setakat 30 Jun 2024, 26 daripada 28 elemen kualiti perkhidmatan telah dilaksanakan di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dua elemen yang masih belum dilaksanakan, iaitu berkaitan masa menunggu di kaunter daftar masuk dan kawasan tepi jalan, dijangka siap menjelang akhir tahun 2024.

Namun, MAS, Batik Air dan AirAsia X paling banyak terima aduan penumpang

Dalam pada itu, MAVCOM turut menerima sebanyak 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, menandakan penurunan sebanyak 32 peratus berbanding 3,063 aduan yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2023.

MAVCOM dalam satu kenyataan berkata, bagi setiap sejuta penumpang yang dibawa, Firefly menerima jumlah aduan berdaftar tertinggi dengan 166 aduan, diikuti oleh Batik Air dengan 139 aduan dan AirAsia X dengan 127 aduan.

Mavcom juga memaklumkan bahawa rangka kerja QoS telah mula dilaksanakan di beberapa lapangan terbang lain seperti Kuching, Miri, dan Senai pada Ogos 2024. Pihak suruhanjaya menyasarkan pelaksanaan menyeluruh di seluruh negara menjelang tahun 2027.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia
Abang Jo Umum Tambang Penerbangan MASWings Dijangka Lebih Murah

SUMBER :NSTBerita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Khabib Pelawa Sedia Beri Latihan Eksklusif Bintang Muay Thai Jojo Di Dagestan Khabib Pelawa Sedia Beri Latihan Eksklusif Bintang Muay Thai Jojo Di Dagestan
Next Article Minta TV Tayang Supaya Azizah Kagum Dengan Baju Panglima Iban, PMX Curi Tumpuan Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?