• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Masih Lengkap Dengan Pakaian, Tengkorak Ditemui Dalam Kuarters Terbiar Di Membakut Sabah

Oleh
Farisha
19 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Rangka manusia ditemui di kuarters guru terbiar

Masih Lengkap Dengan Pakaian, Tengkorak Ditemui Dalam Kuarters Terbiar Di Membakut Sabah. Pada pagi semalam, sekitar pukul 9 pagi, pekerja pembersihan telah menemui rangka manusia di sebuah kuarters perumahan guru yang telah ditinggalkan di Membakut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintenden Weddrin Mojingkin, menjelaskan bahawa rangka itu berada dalam keadaan terlentang dan masih lengkap dengan pakaiannya.

Masih Lengkap Dengan Pakaian, Tengkorak Ditemui Dalam Kuarters Terbiar Di Membakut Sabah
Masih Lengkap Dengan Pakaian, Tengkorak Ditemui Dalam Kuarters Terbiar Di Membakut Sabah. Sumber: Sinar Harian

Beliau menambah bahawa tempoh kematian mangsa itu sudah lama berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tulang.

Kuarters tersebut dipercayai sudah 5 tahun ditinggalkan kosong

Kuarters perumahan tersebut juga telah ditinggalkan kosong sejak 5 tahun yang lalu. Dalam siasatan lanjut, didapati terdapat satu wayar putih yang tergantung di atas kipas dan sebuah kerusi plastik di dalam bilik itu.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dikenalpasti dan pihak polis tidak menemui sebarang kesan jenayah di tempat kejadian. Kertas siasatan telah dibuka dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut berdasarkan siasatan lokasi kejadian.

Semua tulang berkenaan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti identiti mangsa dan punca kematiannya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah
Rangka Manusia Ditemui Di Australia, Mangsa Didapati Kerja Sebagai ‘Penjaga’ Ladang Ganja
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suspek Lelaki Ditangkap, Bunuh Dan Bakar Bapa Saudara Di Ranau Suspek Lelaki Ditangkap, Bunuh Dan Bakar Bapa Saudara Di Ranau
Next Article Lelaki Ditahan Berkaitan Kes Penghinaan Terhadap Premier Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?