• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah

Oleh
Aina Musa
28 Januari 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah

Siasatan polis telah pun dijalankan

Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah. Satu rangka manusia ditemukan di tepi jalan berhampiran sebuah ladang, di Bukit Tukok, Kalabakan Sabah pagi semalam.

Difahamkan, rangka dalam keadaan terlentang dengan kesan seolah-olah dibakar ditemukan penduduk yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkannya kepada polis kira-kira 9.30 pagi.

Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah. Sumber: Harian Metro

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang petunjuk berhubung identiti mangsa termasuk jantinanya

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan itu.

Katanya, kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan awal Balai Polis Kalabakan dan rangka berkenaan sudah dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan masih laporan hasil bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Penemuan rangka itu turut tular di media sosial.

Baca lagi artikel menarik:

Berita Baik, Jalan Empat Lorong 2 Hala Pan Borneo Di Tatau Bakal Dibuka 30 Januari Ini
Diperdaya Rakan Sertai Pelaburan Kripto ‘Sat Coin’, Pemilik Bistro Di Kuching Lesap RM 370K
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya
Next Article Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?