• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suspek Lelaki Ditangkap, Bunuh Dan Bakar Bapa Saudara Di Ranau

Oleh
Aina Musa
19 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Suspek Lelaki Ditangkap, Bunuh Dan Bakar Bapa Saudara Di Ranau

Takziah buat keluarga mangsa

Suspek Lelaki Ditangkap, Bunuh Dan Bakar Bapa Saudara Di Ranau. Seorang lelaki dipercayai bukan sahaja tergamak membunuh malah membakar saudaranya sendiri di kawasan hutan terletak di belakang sebuah rumah di Kampung Kipaliu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Simiun Lomudin berkata, serpihan tulang mangsa lelaki berumur 68 tahun itu ditemukan oleh keluarganya di kawasan yang dibakar di hutan terbabit kira-kira jam 3 petang.

Suspek Lelaki Ditangkap, Bunuh Dan Bakar Bapa Saudara Di Ranau. Sumber: Berita Harian

Katanya, pihak polis menerima laporan daripada pengadu yang juga anak saudara kepada mangsa dan suspek pada jam 9.43 malam.

“Pengadu memaklumkan menemukan serpihan tulang dipercayai tulang manusia yang sudah dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa.

“Serpihan tulang itu dipercayai milik bapa saudaranya yang hilang pada 16 April lalu,” katanya semasa dihubungi di sini.

Simiun bagaimanapun berkata, kesemua serpihan tulang yang ditemukan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisa perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA).

“Bertindak dengan kejadian, polis menahan seorang lelaki yang juga anak saudara kepada mangsa hasil daripada siasatan yang dijalankan.

“Suspek berumur 50 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

“Polis masih dalam proses siasatan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Simiun berkata, polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan serta menggugat ketenteraman awam.

“Polis masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Polis Daerah Ranau di talian 088-875222,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini
Next Article Masih Lengkap Dengan Pakaian, Tengkorak Ditemui Dalam Kuarters Terbiar Di Membakut Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?