• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemukan Atas Longgokan Sampah Di Lahad Datu

Oleh
Aina Musa
17 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Mayat Bayi Baru Lahir Ditemukan Atas Longgokan Sampah Di Lahad Datu

Mayat bayi lelaki ditemukan di atas longokkan sampah

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemukan Atas Longgokan Sampah Di Lahad Datu. Mayat bayi lelaki baharu dilahirkan ditemukan atas longgokan sampah di tempat pembuangan sampah di kawasan Fajar, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, mayat bayi tersebut ditemukan opemandu lori kontraktor pembersihan sampah kira-kira pukul 11.30 malam.

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemukan Atas Longgokan Sampah Di Lahad Datu
Mayat Bayi Baru Lahir Ditemukan Atas Longgokan Sampah Di Lahad Datu. Kredit: Utusan Malaysia

Beliau berkata, ketika ditemukan, mayat bayi itu dibalut menggunakan sehelai baju kemeja wanita berwarna kelabu.

“Semasa sedang memungut sampah di kawasan berkenaan, pemandu lori yang merupakan warga tempatan berusia 44 tahun menemukan bayi dalam keadaan tidak bernyawa di atas longgokan sampah.

“Sepasukan pegawai polis ke lokasi bagi menjalankan siasatan dan mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemukan Atas Longgokan Sampah Di Lahad Datu

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rohan berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan suspek dalam kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu di talian hotline 089-881255 atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505.

Baca lagi artikel menarik:

Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah
Penemuan Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Atas Reban Ayam Gemparkan Penduduk Lahad Datu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Kelahiran Sarawak, Kabilan Buat Penampilan Pertama Menakjubkan Di Bangkok
Next Article Sempena Sambutan 60 Tahun Merdeka, Kerajaan Sarawak Sediakan Bas Shuttle Percuma Ke Padang Merdeka Sempena Sambutan 60 Tahun Merdeka, Kerajaan Sarawak Sediakan Bas Shuttle Percuma Ke Padang Merdeka

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?