• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah

Oleh
Aina Musa
11 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah

Penemuan tergempar mayat bayi tanpa pakaian dibuang ke laut

Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah. Satu mayat bayi ditemukan jam 6.30 petang oleh penduduk kampung yang melalui jambatan kayu di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu semalam.

Mayat bayi malang yang belum diketahui jantina itu ditemukan terapung di laut di perkampungan atas air.

Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah. Kredit: Berita Harian

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, berkata sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi terbabit, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Katanya, bayi itu ditemui terapung tanpa pakaian di laut dekat jambatan di perkampungan atas air berkenaan.

“Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan namun setakat ini belum ada apa-apa maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

“Bayi terbabit juga disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kalsom berkata, mayat bayi dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

“Setakat ini jantina bayi belum dapat dipastikan dan akan diketahui selepas bedah siasat,” katanya.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta supaya menghubungi Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Baca lagi artikel terkini:

Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu ‘Scammer’ Di Miri
Selamba Bogel Di Balkoni Hotel, Polis Tahan Individu Lelaki Di Semporna
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cafe Aesthetic Di Miri, Nikmati Pelbagai Menu Western Menarik Di Icon Cafe Ini
Next Article Lagenda Bukit Mabong, Kisah Disebalik Sebuah Bukit Menyerupai Gajah Di Kapit Lagenda Bukit Mabong, Kisah Disebalik Sebuah Bukit Menyerupai Gajah Di Kapit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?