• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penemuan Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Atas Reban Ayam Gemparkan Penduduk Lahad Datu

Oleh
Aina Musa
13 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Penemuan Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Atas Reban Ayam Gemparkan Penduduk Lahad Datu

Bayi lelaki cukup sifat ditemukan di atas reban ayam

Penemuan Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Atas Reban Ayam Gemparkan Penduduk Lahad Datu. Seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas sebuah reban ayam di kawasan Kampung Jawa, Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad mengatakan bahawa kejadian tersebut disedari oleh seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang merupakan penduduk kampung tersebut semasa beliau sedang memeriksa reban ayam miliknya pada kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Penemuan Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Atas Reban Ayam Gemparkan Penduduk Lahad Datu
Penemuan Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Atas Reban Ayam Gemparkan Penduduk Lahad Datu. Kredit: Facebook

Berikutan itu, pasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan bayi lelaki yang tidak memakai pakaian dengan berat tiga kilogram kemudian telah dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan.

Bayi tersebut dibawa ke Hospital untuk rawatan

Penemuan Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Atas Reban Ayam Gemparkan Penduduk Lahad Datu

Menurutnya, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan jika terbukti bersalah, individu tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis sedang berusaha untuk mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi terus talian IPD Lahad Datu di 089-881255 atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505.

Baca lagi artikel menarik:

Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Laut Tanpa Pakaian Di Sabah
Kes Wanita Sabah Dibunuh Ex BF, Keluarga Mangsa Kecewa Cara Polis Kendali Kes Sebelum Kejadian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lolos Dari Lokap Di Tapah, Dua Tahanan Warga Indonesia Masih Lagi Dalam Pencarian Pihak Polis Lolos Dari Lokap Di Tapah, Dua Tahanan Warga Indonesia Masih Lagi Dalam Pencarian Pihak Polis
Next Article Kongsi Resipi Pais Bunga Durian, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen Terliur Kongsi Resipi Pais Bunga Durian, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen Terliur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?