• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Gerai Tepi Jalan Di Lahad Datu

Oleh
Farisha
16 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Di Gerai Kosong, Tinggal Dalam Kotak Seperti Barang Buangan

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Gerai Tepi Jalan Di Lahad Datu. Dalam satu kejadian yang betul-betul menyayat hati, orang awam yang melalui sebuah gerai tanpa nombor di tepi Jalan Jeroco, Batu 13, pada petang Selasa (15 April) telah membuat satu penemuan ngeri — mayat seorang bayi lelaki yang sudah cukup sifat, dibalut dengan kain dan ditinggalkan dalam sebuah kotak.

Bayangkan tengah lalu-lalang macam biasa, tiba-tiba jumpa kotak misteri. Buka je, bam! — rupa-rupanya ada bayi yang sudah tidak bernyawa. Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu sekitar jam 2 petang.

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Gerai Tepi Jalan Di Lahad Datu
Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Gerai Tepi Jalan Di Lahad Datu. Gambar hiasan.

“Mayat bayi lelaki itu telah disahkan meninggal dunia semasa ditemui. Jenazah telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (16 April), menurut laporan media tempatan.

Polis buka siasatan bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan

Kejadian ini bukan sekadar menyedihkan, tapi juga membangkitkan persoalan besar tentang isu pembuangan bayi yang masih berlaku di negara kita. Polis kini sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi secara haram.

Kalau sabit kesalahan, pelakunya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali. Yup, bukan main-main.

Pihak polis minta bantuan orang ramai

Pihak berkuasa kini memohon orang ramai untuk tampil jika ada maklumat berkaitan kes ini. Kalau anda ada apa-apa info, walaupun sekecil mana sekalipun, sila hubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau terus ke balai polis yang berdekatan.

Isu lama, tragedi berulang

Kes buang bayi bukan perkara baru. Tapi setiap kali ia berlaku, kita tetap terkejut. Tetap terluka. Ini menunjukkan betapa perlunya kesedaran dan pendidikan yang lebih meluas tentang tanggungjawab dan pilihan yang ada — sebelum sesuatu yang tak diingini berlaku.

Kalau anda atau sesiapa yang anda kenal menghadapi tekanan emosi atau tidak tahu ke mana nak pergi, tolong cari bantuan. Jangan buat keputusan yang akan menghantui seumur hidup.

Semoga bayi ini tenang di alam sana, dan semoga keadilan dapat ditegakkan.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembuangan bayi:

Orang Awam Terkejut Jumpa Bayi Masih Bertali Pusat Di Tepi Jalan Semporna
Kes Buang Bayi Dalam Besen Sampah, Lelaki 44 Tahun Didakwa Rogol Remaja 14 Tahun

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching
Next Article Surirumah Di Sibu Rugi Lebih RM100K Akibat Tertipu Iklan Jualan Kereta Hilux Dalam Talian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?