• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mayat Ditemui Di Tabuan Masih Belum Dikenal Pasti, Polis Minta Jangan Buat Spekulasi

Oleh
Farisha
17 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Identiti Mayat Belum Dikenal Pasti, Suspek 23 Tahun Direman Bantu Siasatan

Mayat Ditemui Di Tabuan Masih Belum Dikenal Pasti, Polis Minta Jangan Buat Spekulasi. Mayat yang ditemui Sabtu lalu di sebuah longkang dekat Jalan Setia Raja masih menimbulkan tanda tanya. Sehingga kini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti, menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah.

Menurut laporan media tempatan, proses mengenal pasti identiti mayat hanya boleh disahkan selepas bedah siasat dilakukan oleh pihak forensik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mayat Ditemui Di Tabuan Masih Belum Dikenal Pasti, Polis Minta Jangan Buat Spekulasi
Mayat Ditemui Di Tabuan Masih Belum Dikenal Pasti, Polis Minta Jangan Buat Spekulasi. Sumber foto: Bernama

Ada Kaitan Dengan Kes Kehilangan Wanita?

Sebelum ini, kecoh tentang kehilangan seorang wanita berusia 28 tahun yang sudah 10 hari tidak dapat dikesan. Namun, ACP Farhan menegaskan bahawa penemuan mayat tersebut belum dapat dikaitkan dengan kes kehilangan wanita berkenaan.

Buat masa ini, siasatan masih berjalan dan pihak polis masih mencari jawapan terhadap penemuan mengejutkan ini.

Suspek Ditahan – Lelaki 23 Tahun Direman

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad (15 Disember). Setakat ini, tiada sebarang maklumat lanjut didedahkan berhubung penglibatan lelaki berkenaan.

Polis: Jangan Buat Andaian Sendiri

ACP Farhan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini kerana ia masih berada di peringkat siasatan.

Kes Masih Misteri, Tunggu Update Seterusnya

Penemuan mayat dalam keadaan mereput di Jalan Setia Raja ini sememangnya mengejutkan ramai pihak. Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah menunggu hasil siasatan rasmi daripada pihak berkuasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk bersabar dan sentiasa memantau perkembangan terkini melalui sumber sahih. Jangan jadi “detektif keyboard” ya!

Baca juga artikel yang berkaitan:

Penemuan Mayat Reput Di Tabuan, Lelaki Ini Ditahan Untuk Bantu Siasatan
SUMBER :RTM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [TERKINI] Sabah Alami Gegaran Gempa Bumi Dua Hari Berturut-Turut [TERKINI] Sabah Alami Gegaran Lemah Gempa Bumi Dua Hari Berturut-Turut
Next Article Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?