• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen

Oleh
Nazihah AN
17 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen

Majlis Kahwin Pagi? Netizen Terkejut Dengan Tradisi Menarik Sarawak

Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen. Baru-baru ini, ciapan dari artis tempatan Imran Ajmain menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi idea majlis kahwin seawal 9 pagi. Di Malaysia, majlis perkahwinan biasanya diadakan pada waktu petang hingga malam, lengkap dengan acara bersanding dan makan malam bersama tetamu.

Namun, cadangan majlis pagi ini menimbulkan rasa ingin tahu kerana ia jauh berbeza daripada kebiasaan, sekaligus menarik minat ramai untuk membincangkan keunikan tradisi ini, terutamanya di Sarawak.

Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen

Majlis Kahwin Sarawak: Bermula Awal, Selesai Awal

“Hear me out. Wedding breakfast seawal 9 pagi. Lunch time semua orang dah balik. Pengantin terus clock out cari lunch berdua inai di jari makeup belum lari,” tulisnya sambil memberi cadangan bernas mengenai majlis perkahwinan yang ringkas dan efisien.

Idea ini timbul sebagai reaksi kepada ciapan seorang individu yang berpendapat semakin tua, semakin sukar untuk bertahan di majlis malam kerana cepat mengantuk. Apa yang menarik, ramai netizen dari Sarawak membalas ciapan Imran dengan mendedahkan bahawa tradisi majlis kahwin pagi bukanlah sesuatu yang asing di negeri tersebut.

“Sy lepas subuh dah start makeup. Akad 8.30 pagi, pukul 10 tetamu datang untuk resepsi. Pukul 12.30 settle. Semua just nice time zohor.”

Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen

Majlis resepsi dibuat pada waktu pagi ini menjadi tradisi di Sarawak

Menurut perkongsian netizen, majlis perkahwinan di Sarawak lazimnya bermula sebelum waktu makan tengah hari. Contohnya, proses akad nikah biasanya berlangsung sekitar pukul 8.30 pagi bersama keluarga terdekat, diikuti oleh sesi pengantin bertukar baju untuk majlis resepsi.

Menjelang pukul 10 pagi, tetamu mula hadir ke majlis resepsi, di mana pengantin diraikan dalam suasana meriah. Pada pukul 11 pagi, acara kemuncak bersanding dijalankan, dan menjelang tengah hari, tetamu mula beransur pulang selepas menikmati hidangan tengah hari bersama pengantin. Majlis biasanya selesai sekitar pukul 12.30 tengah hari, dan ini memberi ruang kepada pengantin untuk sesi fotografi atau berehat sebelum waktu solat Zohor.

Perkongsian ini membuka mata ramai yang tidak pernah mendengar konsep wedding breakfast seperti di Sarawak. Bagi sesetengah netizen, tradisi ini kedengaran “rare” tetapi cukup praktikal. Ramai yang bersetuju bahawa konsep majlis pagi lebih efisien dan mesra tetamu berbanding majlis malam.

Dengan populariti konsep perkahwinan yang lebih santai dan minimalis, tidak mustahil kita akan melihat lebih banyak pasangan di Semenanjung memilih untuk mengadaptasi tradisi menarik dari Sarawak ini. Mungkin idea Imran Ajmain ini boleh dijadikan inspirasi!

Menarik kan? Boleh baca juga artikel menarik di bawah:

Unik Dan Rare, ‘Magic Show’ Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja
Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mayat Ditemui Di Tabuan Masih Belum Dikenal Pasti, Polis Minta Jangan Buat Spekulasi
Next Article Pelajar KV Keningau Menang Artikel Terbaik Newsletter MAOUS UiTM Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?