• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MBKS Menang Asean Clean Tourist City Standard Award Buat Kali Kedua

Oleh
Aina Musa
3 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
MBKS Menang Asean Clean Tourist City Standard Award Buat Kali Kedua

Tahniah diucapkan buat MBKS dan warga Kuching

MBKS Menang Asean Clean Tourist City Standard Award Buat Kali Kedua. Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah memenangi Asean Clean Tourist City Standard Award– Peringkat Kebangsaan 2024-2026.

Pencapaian terbaru ini menandakan kali kedua berturut-turut pihak autoriti tersebut menerima pengiktirafan berikutan pensijilannya bagi penggal 2022-2024.

MBKS Menang Asean Clean Tourist City Standard Award Buat Kali Kedua. Kredit: Google

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menzahirkan kegembiraannya apabila menerima surat daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC).

“Tahniah kepada semua penduduk Kuching Selatan dan kakitangan MBKS, atas usaha bersama dalam mengekalkan kebersihan bandar kita.

“Saya ingin berkongsi penghormatan ini bersama semua warga Kuching. Kita mestilah berbangga sebagai warga Kuching Selatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah ini adalah sebahagian daripada Asean Tourism Standard Awards, yang memberi pengiktirafan kepada pihak berkuasa tempatan atas perkhidmatan cemerlang mereka yang memenuhi keperluan pelancong.

Kriteria merangkumi pelbagai kategori termasuk pengurusan alam sekitar, kebersihan, pengurusan sisa, kawasan hijau, keselamatan kesihatan, membina kesedaran tentang perlindungan alam sekitar, keselamatan dan keamanan bandar, serta infrastruktur dan kemudahan pelancongan.

“Rahsia untuk mengekalkan bandar yang bersih ialah mengubah minda rakyat akan kepentingan menjaga alam sekitar. Semua memainkan peranan penting dalam memastikan bandar ini bersih dan selamat buat para pelancong.

“Apa sahaja yang kita lakukan sekarang adalah demi manfaat orang ramai,” kata Wee.

Baca lagi artikel menarik:

Bendera Sarawak Dibuat Dari Manik Masuk Malaysia Book of Records
Kenali Samuel Bone, Jaguh Bola Sepak Harapan Ke EPL Dari Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 7 Shopping Mall Paling Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai
Next Article Ini 4 Restoran Pilihan Di Miri Yang Wajib Anda Cuba

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?