Antara restoran atau kedai pilihan untuk menjamu selera di Miri
Ini 4 Restoran Pilihan Di Miri Yang Wajib Anda Cuba. Miri, Sarawak, bukan sahaja menawarkan keindahan alam yang menakjubkan tetapi juga terkenal dengan makanannya yang memang padu. Dikenali sebagai pintu gerbang ke pelbagai taman negara dan Gua Mulu yang terkenal, Miri juga memikat pengunjung dengan pelbagai pilihan makanan yang lazat.
Dari sajian tempatan asli hingga masakan antarabangsa, restoran-restoran di bandar ini menawarkan perjalanan gastronomi yang mencerminkan kekayaan budaya Malaysia. Sama ada anda seorang peminat makanan atau pengunjung biasa, lanskap masakan Miri pasti akan merangsang selera anda dan menyediakan pengalaman makan yang terbaik.
1. Asian Nasi Kandar
Jika singgah ke Miri, anda perlu singgah ke Asian Nasi Kandar kerana mereka amat terkenal dengan nasi briyani lobster mereka. Lobster yang fresh di masak dengan resipi istimewa ini sememangnya power gais.
Jangan risau di sini, mereka ada banyak menu yang memang unik seperti nasi briyani dalam buluh ayam, nasi briyani buluh lamb shank dan pelbagai menu lain yang semestinya akan membuat anda terliur. Tunggu apa lagi jom kita cube makanan disini.
Info Penting
Lokasi: Lot 435 Block 9 mcld , jln pendahara 98000 Miri, Sarawak.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari ( Dari jam 6 pagi hingga 6:30 petang)
2. 3 Beradik Gemok
3 Beradik Gemok ini merupakan tempat makan yang amat sesuai bagi mereka yang gemar mee kolo. Keunikan 3 Beradik Gemok ini adalah mereka menyediakan mee kolo yang pelbagai jenis di dalam satu dulang. Di dalam menu istimewa ini, empat mee kolo yang berlainan jenis dihidangkan di dalam satu talam. Menu ini sungguh unik dan amat di recommend ye.
Menu yang lain juga ada di sini jadi anda jangan bimbang. Menu lain yang anda boleh cuba di sini adalah nasi kukus banjir belalak ayam goreng berempah, iaitu merupakan salah satu menu top di kedai 3 beradik gemok ini. Tunggu apa lagi jom singgah ke sini.
Info Penting
Lokasi: Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali selasa ( 10:00am -14:15 pm, 17:30pm – 22:30pm )
3. Mee Sapi Kuching
Namanya memang Mee Sapi Kuching, tetapi kedai ini terletak di Miri ye gais. Bagi mereka yang ingin mencari mee sapi yang power di Miri, ini adalah tempatnya.
Bagi yang gemar makanan kegemaran orang Sarawak ini, Mee Sapi Kuching merupakan pilihan yang terbaik buat anda. Menu yang lain seperti laksa Sarawak, Nasi goreng ikan terubok masin dan banyak lagi juga boleh didapati di sini. Jom cuba!
Info Penting
Lokasi: lot 1284, jlalan, Jalan Rice Mill, 98000 Miri.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari ( 7 pagi hingga 8 malam)
4. Lavender Cafe
Ini adalah salah satu tempat yang anda perlu pergi untuk mencuba laksa Sarawak Lobster. Unik dan menarik kan? Lavender Cafe ini menyajikan banyak hidangan Lobster seperti Lobster sambal bersama nasi goreng kampung, Buttermilk Soft Skin Lobster with 4 flathead lobster, dan pelbagai lagi menu yang menarik.
Lavender cafe bukan sahaja terkenal dengan Lobster mereka yang segar dan dimasak sempurna, anda juga boleh makan ketam yang fresh dan besar di sini. Terliur kan? Mari kita sama-sama cuba makanan di sini!
Info Penting
Lokasi: Lot 1971 Marina Parkcity Phase 2, 98000 Miri.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali selasa ( 9:30 pagi hingga 10 malam)
Miri, Sarawak, tidak hanya muncul sebagai syurga alam semula jadi tetapi juga sebagai syurga bagi pencinta makanan. Pelbagai pilihan tempat makan di sana melayani semua selera, menawarkan segala-galanya dari makanan laut yang enak dan hidangan tradisional Melayu hingga masakan antarabangsa yang istimewa.
Setiap restoran dan kedai makan di Miri bercerita tentang warisan, rasa, dan kecemerlangan sesebuah masakan, menjadikan bandar ini destinasi wajib dikunjungi bagi sesiapa yang menghargai makanan yang baik. Sama ada anda mencari pengalaman makan mewah, hidangan kasual, atau ingin merasai makanan jalanan tempatan, pemandangan makanan Miri menjanjikan pengembaraan masakan yang tak dapat dilupakan.