• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

McDonald’s Bakal Kembali Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Oleh
Nazihah AN
7 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
McDonald's Bakal Kembali Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

McDonald’s Pernah Tutup Operasi Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

McDonald’s Bakal Kembali Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Khabar gembira buat warga Kuching dan para pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) – McDonald’s bakal kembali beroperasi di lokasi yang sama bersebelahan dengan balai ketibaan!

Sebelum ini, McDonald’s pernah menjadi salah satu tempat pilihan utama buat pelancong, penumpang, serta pelawat di LTAK. Namun, cawangan tersebut telah ditutup sepenuhnya pada 26 Mac 2021, meninggalkan satu kekosongan besar bagi mereka yang sering menjadikan McDonald’s sebagai tempat persinggahan untuk mengisi perut sebelum atau selepas penerbangan.

McDonald's Bakal Kembali Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Sumber gambar: FB Billy Kidman

Sedia Menyambut Tetamu Tidak Lama Lagi

Penutupan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang berharap agar jenama makanan segera kegemaran ramai ini kembali beroperasi di lapangan terbang ini.

Kini, impian itu akhirnya menjadi kenyataan! Tular di media sosial, gambar dan maklumat mengenai pembukaan semula McDonald’s di LTAK telah menarik perhatian ramai. Dengan pemasangan dinding pengubahsuaian yang memaparkan slogan “Sedia Menyambut Tetamu Tidak Lama Lagi”, jelas menunjukkan bahawa restoran ini bakal beroperasi semula dalam masa terdekat.

Walaupun tarikh rasmi pembukaannya masih belum diumumkan, kemunculan semula McDonald’s di LTAK pastinya bakal mengembalikan suasana yang lebih meriah di lapangan terbang ini. Bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pelawat dan penumpang untuk menikmati hidangan kegemaran mereka, malah ia juga dijangka menjadi tarikan utama bagi mereka yang sering berulang-alik melalui LTAK.

Buat peminat McDonald’s, nantikan pengumuman rasmi mengenai tarikh pembukaannya. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menikmati semula Big Mac, McChicken, McNuggets, serta pelbagai menu lain yang sinonim dengan McDonald’s!

Baca juga cerita berkaitan di bawah:

Kami Tanya Pendapat Netizen Dan Ini Jawapan Mereka Tentang Kedai Yang Patut Buka Di Airport Kuching
McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin

SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hapus Penempatan Haram, 55 Rumah Setinggan Dirobohkan Di Kota Kinabalu
Next Article 5 Destinasi Menarik Di Sabah Untuk Cuti Sekolah, Wajib Singgah Bersama Keluarga 5 Destinasi Menarik Di Sabah Untuk Cuti Sekolah, Wajib Singgah Bersama Keluarga

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?