• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Memacu Industri Pelancongan Di Sarawak, Kuching Bakal Bina 3 Hotel Antarabangsa

Oleh
Farisha
21 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kuching melengkapkan kemudahan pelancongan dengan pembinaan hotel-hotel bertaraf antarabangsa

Memacu Industri Pelancongan Di Sarawak, Kuching Bakal Bina 3 Hotel Antarabangsa. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan bahawa tiga buah hotel antarabangsa bakal dibina di Kuching bagi menampung pertumbuhan industri pelancongan yang semakin pesat.

Menurut Abdul Karim menerusi laporan media, salah satu daripada hotel tersebut adalah Ascott Hotel, namun beliau tidak dapat memastikan nama dua hotel yang lain.

Memacu Industri Pelancongan Di Sarawak, Kuching Bakal Bina 3 Hotel Antarabangsa
Memacu Industri Pelancongan Di Sarawak, Kuching Bakal Bina 3 Hotel Antarabangsa

Apabila ditanya sama ada bilangan bilik hotel semasa di Sarawak mencukupi untuk menampung peningkatan pelancong, beliau menjawab bahawa situasi semasa masih mencukupi.

Namun, beliau menambah bahawa perkara itu perlu dikaji bagi menyediakan kemudahan untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Bukan hanya untuk Kuching, bahkan untuk seluruh Sarawak

Persediaan ini bukan hanya untuk Kuching, tetapi juga untuk seluruh Sarawak seperti di Miri, Bintulu dan Sibu, yang mana Scoot Air akan memulakan penerbangan terus dari Singapura ke Sibu bermula 5 Jun nanti.

Abdul Karim turut menyatakan bahawa kerajaan Sarawak sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak penerbangan antarabangsa terus ke Sarawak.

Salah satu usaha tersebut adalah melalui penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak yang akan mengendalikan penerbangan bukan sahaja di Sarawak, malah di rantau ini.

Ini adalah bagi memenuhi keperluan dan minat pelancong yang ramai bertanya mengenai cara untuk sampai ke Sarawak apabila promosi dilakukan di luar negara.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja Wanita Di Sabah Trauma Lihat Lelaki Melakukan Perbuatan Jijik Di Hadapannya
Next Article 2 Ekor Buaya Gergasi Tewas Di Tangan Pasukan Samarahan Crocodile Hunter Jadi Perhatian Netizen 2 Ekor Buaya Gergasi Tewas Di Tangan Pasukan Samarahan Crocodile Hunter Jadi Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?