• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Ekor Buaya Gergasi Tewas Di Tangan Pasukan Samarahan Crocodile Hunter Jadi Perhatian Netizen

Oleh
Aina Musa
21 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
2 Ekor Buaya Gergasi Tewas Di Tangan Pasukan Samarahan Crocodile Hunter Jadi Perhatian Netizen

Salah seekornya melebihi berat 500 kilogram

2 Ekor Buaya Gergasi Tewas Di Tangan Pasukan Samarahan Crocodile Hunter Jadi Perhatian Netizen. Pasukan Samarahan Crocodile Hunter (SCH) berjaya menangkap dua ekor buaya di Sungai Kampung Tanjung Tuang, Kota Samarahan semalam.

Ketua Pasukan Samarahan Crocodile Hunter, Kaunselor Aziz Mohammad, melaporkan bahawa salah satu reptilia tersebut dianggarkan seberat 500 kilogram manakala seekor lagi dianggarkan 300 kilogram.

2 Ekor Buaya Gergasi Tewas Di Tangan Pasukan Samarahan Crocodile Hunter Jadi Perhatian Netizen. Sumber: Utusan Borneo

“Dua buaya itu ditangkap di Sungai Kampung Tanjung Tuang selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

“Seorang pemancing di jeti melihat dua ekor buaya berenang berhampiran jeti sungai. Setelah pemeriksaan dilakukan pada sebelah malam, kami mendapati aduan tersebut benar,” katanya ketika dihubungi.

Aziz menjelaskan bahawa reptilia tersebut terperangkap dengan umpan ayam tua yang dipasang sejak petang Sabtu.

“Kami kembali pada tengah hari esoknya dan mendapati umpan yang dipasang berjaya menarik perhatian buaya tersebut.

“Buaya-buaya itu biasanya berada di bawah jeti dan bermain di kawasan tersebut.

“Jangan ambil ringan ketika berada di bawah jambatan, seperti ketika membasuh kaki, dan sentiasa patuhi nasihat yang diberikan,” tegasnya.

Mengenai buaya yang telah ditangkap oleh SCH, Aziz memberitahu bahawa ia akan dilupuskan dengan cara yang baik.

“Atas nasihat Sarawak Forestry Corporation (SFC), buaya mesti dilupuskan dengan cara yang baik agar tidak mengganggu pengguna sungai yang lain,” jelasnya.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Memacu Industri Pelancongan Di Sarawak, Kuching Bakal Bina 3 Hotel Antarabangsa
Next Article 4 Individu Mengaku Bersalah, Didenda RM500 Gara-Gara Masak Mi Segera Di Stesen Minyak 4 Individu Mengaku Bersalah, Didenda RM500 Gara-Gara Masak Mi Segera Di Stesen Minyak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?