I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak

Oleh Nur Afifah 1 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak

Tak Ramai Yang Tahu Mengapa Bendera Sarawak Berwarna Hitam, Kuning dan Merah

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak. Umum mengetahui bahawa bendera Sarawak mempunyai 3 warna iaitu merah, kuning dan hitam. Namun demikian, tahukah anda mengapa 3 warna ini dipilih daripada berjuta-juta warna di dunia sebagai warna rasmi negeri Sarawak?

Bagi rakyat Sarawak, sudah tentu bendera ini merupakan lambang kedaulatan dan jati diri yang mereka pegang selama ini. Menurut sumber yang kami perolehi daripada laman Facebook Borneo Oracle, kisah di sebalik pemilihan warna bendera Sarawak ini amat menarik untuk dikongsi kepada semua.

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak
Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak

Walaupun kisah ini tidak di dokumentasikan secara rasmi, namun demikian warna hitam, kuning dan merah dikatakan telah dipilih oleh Rajah Sarawak yang kedua iaitu Rajah Charles Brooke.

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak
Kredit : Brooke Trust

Menurut sumber lisan daripada orang-orang tua dahulu kala, Rajah Charles Brooke kebetulan sedang mencari ilham untuk mencipta bendera Sarawak sewaktu pertabalan beliau sebagai Rajah Sarawak yang kedua. Sempena pertabalan tersebut, rakyat jelata pada ketika itu menghantar pelbagai barangan yang dibungkus kemas sebagai hadiah.

Apa yang menariknya, Rajah Charles pada ketika itu tertarik dengan keunikan bungkusan yang dihantar oleh rakyat marhaen yang mempunyai pelbagai latar belakang. Beliau mendapati bahawa bungkusan daripada setiap kaum menggunakan alas yang berlainan warna.

Bagi masyarakat Dayak Sarawak, hadiah yang mereka utuskan kepada beliau kebanyakannya dibungkus menggunakan alas berwarna hitam. Bagi kebanyakan masyarakat Dayak, warna hitam merupakan warna kehormat mereka dan digunakan secara meluas sama ada dari segi busana, aksesori, mahu pun upacara tradisi masyarakat tersebut.

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak
Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak. Gambar hiasan. Kredit : sayidahnapisahdotcom

Hadiah utusan rakyat yang berbangsa Cina Sarawak pula kebanyakannya dihantar menggunakan alas atau balutan yang berwarna merah kerana warna merah merupakan warna yang membawa “Ong” atau tuah kepada si pemakai atau penerima. Sudah tentu, kepercayaan nenek moyang mereka sejak beribu tahun yang lalu masih dipraktikkan walau pun mereka merantau jauh dan menjadi rakyat di tanah asing seperti Sarawak.

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak
Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak. Gambar hiasan. Kredit : minangkabaunews.com

Masyarakat Melayu Sarawak pula membungkus hadiah utusan menggunakan kain yang berwarna kuning. Seperti yang anda sedia maklum, warna kuning merupakan warna kebesaran untuk pimpinan diraja seperti raja atau pun Sultan. Hantaran daripada masyarakat Melayu yang menggunakan kain kuning ini menunjukkan penghormatan dan sanjungan rakyat kepada kepimpinan tertinggi Sarawak pada waktu itu.

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak
Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak. Gambar hiasan. Kredit : whatalovelywedding

Daripada pengertian ini, maka Rajah Charles Brooke akhirnya memutuskan untuk menjadikan warna-warna ini sebagai warna bendera Sarawak yang melambangkan perpaduan 3 masyarakat utama di negeri ini.

Pada hari ini, warna-warna ini mempunyai maksud yang berlainan pada bendera Sarawak. Warna hitam membawa maksud kekayaan sumber asli negeri Sarawak seperti minyak, gas, sumber hutan, dan sumber-sumber lain yang menjadi teras kejayaan rakyat Sarawak. Warna merah pula merupakan simbol keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam memastikan kemakmuran Sarawak. Manakala warna kuning melambangkan keagungan dan kedaulatan undang-undang, peraturan (Order) serta perpaduan rakyat di yang berbilang kaum di Sarawak.

Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak
Mengapa 3 Warna Ini Dipilih? Ketahui Sejarah Di Sebalik Warna Bendera Sarawak. Kredit : Cats fm

Walaupun warna pada bendera ini mempunyai maksud yang berbeza pada hari ini, namun pemilihan warna hitam, merah dan kuning merupakan kesinambungan daripada ilham Rajah Charles Brooke kerana ia merupakan identiti dan jati diri Sarawak.

Lagi sejarah menarik yang anda perlu tahu. Baca pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video 'Buli Pilak' Tular Di TikTok, Wanita Ini Tampil Bagi Penjelasan Sebenar Video ‘Buli Pilak’ Tular Di TikTok, Wanita Ini Tampil Bagi Penjelasan Sebenar
Next Article Kenali Setinggan Cafe, Kedai Retro Hidangkan Sup Tulang Terbaik Di Sibu Kedai Retro Hidangkan Sup Tulang Terbaik Di Sibu, Jom Singgah Ke Setinggan Cafe

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?