• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton

Oleh
Ismail NA
23 Disember 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Bosan dengan masakan yang sama setiap hari? Ini inspirasi untuk anda.

Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton. Pernah atau tidak anda berasa bosan dengan masakan yang anda masak setiap hari? Rebus, goreng dan stim sahaja? Tiada pilihan lain? Jangan risau, mari kita teroka rasa baharu yang boleh mewarnai deria anda!

Isi Isi Penting
  • Bosan dengan masakan yang sama setiap hari? Ini inspirasi untuk anda.
  • 1. Che Nom
  • 2. Khairul Aming
  • 3. Ropuhan Di Tanak Wagu / Bachelor’s Kitchen
  • 4. Seminit Resipi
  • 5. Buat Orang Lapo
  • Pasal makanan, semuanya ONZ sahaja. Baca lagi artikel menarik di sini :

Untuk artikel kali ini, kami bawakan kepada anda 5 Youtuber Malaysia yang menyajikan resipi makanan yang lazat dan paling penting, mudah dibuat. Ada di antaranya tidak memerlukan peralatan dan bahan yang sukar pun. Campak-campak pun sedap!

1. Che Nom

Nama Che Nom melonjak naik baru-baru ini gara-gara ramai yang baru mengetahui bahawa empunya saluran Youtube masakan ini sebenarnya merupakan seorang jurutera. Stail Che Nom menyampaikan resipinya di salurannya juga begitu santai dan disukai ramai. Apatah lagi, beliau hanya menggunakan suara latarnya sendiri yang lunak dan sedap didengar. Bukan itu sahaja, resipi yang selalu diolahnya juga nampak sedap dan menggiurkan terutamanya kek dan lauk pauk.

Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton
Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton

Sehingga artikel ini diterbitkan, saluran Che Nom kini telah mempunyai 890K pengikut ataupun subscribers. Road to 1 million tu!

2. Khairul Aming

Siapa pula yang tidak mengenali Khairul Aming? Jejaka berkaca mata ini pernah tular kerana video masakan ringkasnya yang kreatif dan kadang kala mencuit hati. Mana tidaknya, kadang kala resipi yang disampaikannya diselit dengan dialog bersahaja tetapi dekat di hati penontonnya yang kebanyakannya adalah golongan muda dan pertengahan usia. Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh saluran Khairul Aming juga ialah skil suntingan video nya yang berjaya menarik perhatian ramai.

Hey, what’s up guys!

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Untuk pengetahuan anda, Khairul Aming ini lebih popular di laman Instagram dengan jumlah pengikut lebih kurang 2.7 juta. Anda juga boleh mengikuti videonya versi ringkas dan pendek. So, check it out!

3. Ropuhan Di Tanak Wagu / Bachelor’s Kitchen

Bagi mereka yang ingin mencari resipi Borneo terutamanya resipi makanan masyarakat asal Sabah, Ropuhan Di Tanak Wagu adalah sebuah saluran Youtube yang memaparkan aneka resipi makanan Sabah yang lazat. Saluran ini diusahakan oleh Pison Jaujip, seorang pemuda yang berasal dari Kota Belud, Sabah yang menggunakan bahan-bahan semulajadi serta sumber alam semulajadi yang segar untuk masakannya. Antara masakan unik Sabah yang pernah diolahnya adalah seperti sago crepe pisang coklat, penkek gosing atau karamunting, ayam limau tuhau dan banyak lagi!

Selain mengikuti mereka di Youtube, anda juga boleh menonton resepi autentik Sabah di laman Facebook mereka iaitu Ropuhan Di Tanak Wagu.

Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton

Siuk betul bah ni kan?

4. Seminit Resipi

Seminit Resipi pula merupakan saluran masakan yang dikendalikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Cik Ain. Kalau nampak Cik Ain ini memasak atau membuat kek, jarang pula resipinya tidak menjadi. Semua hasilnya nampak cantik, gebu dan menyelerakan. Bahan yang digunakan pun kadang-kadang agak ringkas. Malah, resipi yang ditunjukkan dalam saluran ini juga sering mengguna pakai mesin-mesin pengadun dan peralatan dapur yang moden. Jadi, boleh lah anda bereksperimen sekali dengan peralatan tersebut jika anda memilikinya di rumah.

Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton

Selain daripada saluran Youtube, Seminit Resipi juga boleh ditonton melalui laman rasmi Facebook mereka dengan nama yang sama.

5. Buat Orang Lapo

Saluran Youtube yang kini mempunyai seramai lebih 500,000 pelanggan di Youtube ini juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakan resipi minum petang, kuih muih serta pencuci mulut diolah oleh pemiliknya, iaitu Nazatul di saluran ini. Resipi yang mendapat tontonan tinggi antaranya ialah resipi brownies rangup luar dalam, muffin Milo tanpa menggunakan pengadun, apam puri inti kastard dan banyak lagi. Jelasnya, kalau nak resipi mudah, ingat Buat Orang Lapo.

Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton

Kalau nak tahu lebih banyak lagi? Kenalah tonton saluran Buat Orang Lapo.

Bagaimana? Sudah ada idea untuk hidangan tengah hari, petang dan malam anda? Jangan lupa komen hidangan yang telah anda siapkan setelah menonton video mereka dan tag kami di entri muat naik anda. Selamat menonton dan mencuba!

Pasal makanan, semuanya ONZ sahaja. Baca lagi artikel menarik di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terendah Sejak Tahun 1990, ASB Umum Dividen 4.75% Dengan Ehsan 0.75 Seunit
Next Article Sarawak Benarkan Semula Kemasukan Pekerja Warga Asing Mulai Januari 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?